berita

Tak Ambil Suntikan Vaksin, Tak Boleh Sekolah – Persatuan Doktor

February 26th, 2019 | by Ai
Kini Trending

vaksin

Keengganan sesetengah ibu bapa membenarkan pengambilan vaksin terhadap anak-anak menjadi isu hangat sehingga menimbulkan kemarahan ramai pihak. Lagi-lagi adanya kes kematian yang melibatkan seorang kanak-kanak (tidak divaksin) telah meninggal dunia disyaki akibat jangkitan difteria di Johor Bahru baru-baru ini.

Berikutan daripada itu, penggiat industri kesihatan telah tampil memberikan cadangan supaya anak-anak yang tidak mengambil vaksin tidak dibenarkan untuk hadir sesi persekolahan.

Suntikan vaksin perlu mandatori

vaksin

Menurut Persatuan Doktor Islam Malaysia (PERDIM), Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail, sudah sampai masanya suntikan vaksin imunisasi diwajibkan sebelum kanak-kanak menyertai alam persekolahan kerana ia sudah menyebabkan kematian dan boleh menjadi epidemik jika tidak ditangani.

Suntikan vaksin imunisasi ini perlu mandatori. Ia membabitkan kematian dan ia perkara serius kerana penyakit seperti difteria, ia boleh berjangkit jika tersebar.

Kena vaksin dulu baru boleh sekolah

vaksin

Dalam cadangannya itu, ibu bapa yang ingin mendaftarkan anak-anak ke sekolah perlu mengemukakan rekod imunisasi dan memastikan anak mereka sudah divaksin.

Sekiranya, ibu bapa masih berdegil dan ingin terus menghantar anak-anak ke sekolah walaupun tanpa pengambilan suntikan vaksin, pihak sekolah boleh mengeluarkan surat kebernaran supaya pusat kesihatan memberikan vaksin kepada anak mereka.

Ia membabitkan kebenaran ibu bapa, jika tidak, anak mereka akan menyebarkan pelbagai penyakit kerana tidak divaksin sebelum ini. Jika masih lagi tidak mahu memberi kebenaran, maka pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab jika ada kematian melibatkan mana-mana pihak.

Elak jadi ejen penyebar penyakit

vaksin

Berikutan cadangan tersebut, Timbalan Presiden I-MEDIK Malaysia, Prof Dr Azizi Ayob, telah menyokong cadangan berkenaan kerana kanak-kanak yang tidak divaksin menjadi ejen penyebar penyakit yang sebenarnya boleh dicegah.

Beliau juga berkata, terdapat keperluan untuk mewujudkan undang-undang supaya ibu bapa patuh kepada jadual imunisasi di negara ini supaya ‘herd immunisation‘ iaitu 95 peratus komuniti divaksin dapat dicapai.

Kita tidak boleh melarang kumpulan antivaksin kerana tiada akta melarang. Kebanyakan mereka berkomunikasi menerusi media sosial. Apa yang boleh dilakukan ialah mewujudkan kesedaran mengenai pentingnya suntikan vaksin.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×