Anak kepada mangsa nahas kemalangan di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan pada 1 September lalu, Abdur Rahman meruntun hati warganet apabila memuat naik momen dirinya menziarahi pusara keluarga di TikTok.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Abdur Rahman Terima al-Quran Arwah Adik, Tertunduk Menangis Baca Coretan Arwah Ibu – ‘Jadi Anak Yang Solehah’
Artikel Berkaitan: Keadaan Kesihatan Abdullah Semakin Baik, Sudah Mampu Untuk Bercakap
Abdur Rahman & Abdullah berdoa
Menerusi video tersebut, anak sulung kepada mangsa nahas kemalangan tersebut dilihat bersama satu-satunya adik yang terselamat iaitu Abdullah Amir.
Namun apa yang mengundang sebak adalah perbualan dua beradik itu tentang insan-insan yang mereka sayangi.
Ibu tak ada tak best, kalau ibu ada best. Kalau ibu ada dekat rumah tok mak tu jadi paling best.
Awie tak ada, Seri dah tak ada. Baru nak gaduh dengan Seri. Kakak tak ada, kak cik pun dah tak ada.
Abdur Rahman kemudian menasihati adiknya agar sentiasa mendoakan ahli keluarga mereka walaupun mereka sudah tiada.
Jangan nangis, kalau nangis baca al-Fatihah. Doakan yang elok-elok untuk ibu, doakan ibu masuk syurga.
Abdullah jangan tinggal abang, abang ada Abdullah je.
Syurga yang paling tinggi sekali, ibu, abi dan adik beradik semua Abdullah akan doakan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut meluahkan rasa sedih melihat momen dua beradik itu selain mengagumi kekuatan Rahman yang reda menempuh dugaan besar dalam hidupnya.
Terdahulu, Abdullah telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Segamat kerana mengalami kecederaan kritikal akibat kemalangan tersebut.
Ibu bapa serta empat lagi adik beradik mereka disahkan meninggal dunia dalam kemalangan berkenaan ketika dalam perjalanan untuk menghantar ibu mereka di Segamat.
Mangsa yang terlibat ialah Amir Ruddin Ismail, 46, dan Norahimah Noor Muhamad, 43, bersama empat lagi anaknya, Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5.
Difahamkan, ibu mereka merupakan guru Sekolah Agama Semedak manakala bapa adalah seorang imam di Masjid Ladang Tereh Utara, Kluang.
Jenazah enam beranak itu selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Masjid Ubuddiah, Parit Limbong.
@whitedahlia11 kuatnye seorang abang ?? #abdulrahman #6sekeluargamaut #dolah
Sumber: TikTok