Suami kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datuk Red mencuri tumpuan ramai susulan luahannya di TikTok mengenai takdir dan reda.
Artikel Berkaitan: ‘Adira Tak Kacau Orang, You Pun Jangan Kacau Orang. Sudah-Sudah, Yang Salah Saya’ – Datuk Red
Takdir dan reda
Menerusi video yang dikongsikan, Datuk Red atau nama lengkapnya Datuk Seri Adnan Abu, 46, akui reda dengan segala takdir dan ketentuan yang telah ditetapkan Allah SWT.
Meskipun kadangkala perkara itu amat sukar untuk diterima, namun mungkin itu adalah jalan dan pilihan terbaik untuknya.
Ada perkara yang kita tidak mahu ia berlaku tetapi kita terpaksa menerimanya. Ada perkara yang kita tak mahu tahu tapi kita terpaksa mempelajarinya.
Dan ada wajah yang kita tidak mahu berpisah tetapi kita terpaksa melepaskannya. Siapa kita untuk menentang takdirnya. Jika keterpaksaan itu dapat melatih dan mengajar kita tentang reda, maka lalui lah ia walaupun terpaksa.
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai respon daripada wargamaya yang rata-ratanya mendoakan kebahagiaan Datuk Red bersama kedua-dua isteri dan anak-anaknya.
Sebelum ini, Adira nekad memfailkan perceraian terhadap suaminya, Datuk Red dengan alasan tiada persefahaman.
Imbas kembali, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun.
Sementara itu, Datuk Red juga memiliki tiga orang cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan dengan isteri pertama, Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim.
Video
@dato..red Takdir & redha #fyp #abgred #bangkitsemula ? Kamu Dan Kenangan – Shanna Shannon
Sumber: TikTok Abang Red