Kemelut adik beradik antara penyanyi Shila Amzah dengan adik lelaki sulung, Amir Syafiq nampaknya makin berpanjangan apabila saling membalas kenyataan di media sosial.
Artikel Berkaitan: Shila Amzah Mengaku Nak Jual Banglo Didiami Keluarga – ‘Rumah Itu Kusam & Sedih, Saya Mahu Belikan Kondo Baru’
Artikel Berkaitan: ‘Dia Fake! Kau Dengan Balaci Kau Tengking Mak’ – Adik Shila Amzah Buka Pekung, Dakwa Sengaja Jual Rumah
Shila maki Fauziah?
Selepas Shila menangis di Instagram pada petang Rabu, Amir Syafiq tidak berdiam diri lalu sekali lagi membuat siaran langsung (live) di TikTok miliknya, pada sebelah malam.
Menurut Amir Syafiq, dia tidak membantah dengan keputusan Shila yang ingin menjual banglo yang didiami keluarganya di Hulu Langat, Selangor. Namun tegasnya, dia ‘naik angin’ apabila Shila didakwa telah berkelakuan kurang ajar dengan ibu mereka, Fauziah Sarman.
Aku tak kisah Shila nak jual rumah. Aku tak marah. Kami adik beradik sentiasa mendoakan dia. Aku marah sebab dia maki mak aku. Dia maki depan adik lelaki (Syahir), Ubai dan orang yang urus nak jual rumah.
Korang tak kenal Shila yang sebenar. Aku lagi kenal dia, aku yang membesar dengan dia.
Shila maki mak aku depan Ubai. Ubai baru hilang mak dia. Aku bersimpati dengan Ubai. Dia patut faham. Macam mana dia boleh biar isteri dia maki mak mentua dia?
Ramai saksi cuma semua berpihak dengan Shila. Selepas dia maki mak, dia buat live. Dia maki kami satu keluarga. Aku tak ada kat rumah masa kejadian. Aku buat live ini sebab nak protect mak dan adik saja.
Rumah kotor dengan tahi kucing
Bercerita kronologi kejadian, Amir Syafiq mendakwa ibunya meminta Shila untuk memberikan masa selama dua jam untuk mengemas dan mengemop lantai sebelum didatangi individu yang bertanggungjawab dalam urusan jual rumah.
Pagi semalam (Selasa) ada orang datang rumah pada waktu pagi. Ada orang nak evaluate rumah jadi Shila call mak. Rumah agak kotor dengan tahi kucing. Rumah aku ada 40 kucing.
Mak cakap minta orang itu datang sejam atau dua jam lagi. Mak nak mop rumah dulu dan kemas. Shila cakap dorang ada kerja bukan macam mak. Mak call nangis-nangis, minta jaga maruah mak.
Aku mesej PA Shila iaitu Aini, minta bawa individu itu pergi minum dulu. Aini cakap individu itu dah sampai.
Kemudian, Shila datang marah-marah depan rumah. Dia terajang pintu, ketuk-ketuk. Shila dari awal menengking mak. Sebab dia menengking, mak aku pun marah.
Mak aku hampir nak terjatuh. Mak nak lempang dia tapi tercapai cermin mata dia. Mak saya pecahkan cermin mata dia dan dia maki lagi ‘mak ni memang tiada otaklah.’
Rumah pusaka
Dakwa Amir Syafiq lagi, mereka sekeluarga pernah sepakat untuk tidak akan menjual rumah terbabit.
Rumah pusaka tak akan dijual. Kami berjanji. Itu persetujuan awal. Bapa aku bayar masa awal beli, bukan Shila. Shila itu sengaja nak raih simpati netizen.
Dalam pada itu, Amir Syafiq memberitahu dia kini dalam proses untuk mencari tempat tinggal baru buat ibunya, Syada dan Syahir Amzah.
Aku tengah cari rumah untuk mak aku dan adik beradik. Ini memang tanggungjawab aku sebagai anak sulung lelaki. Selama ini pun aku yang jaga mak.
Shila mana ada. Dia hanya bagi duit. Dia rasa dah cukup. Dia ingat dengan duit itu boleh bawa mati. Allah nak tarik sekali saja!
Terdahulu, perang antara adik-beradik Shila bermula selepas adiknya yang juga penyanyi Syada Amzah mendakwa ada seorang individu tidak dikenali tiba-tiba datang ke rumahnya untuk melihat kediaman tersebut.
Dia turut mendakwa mereka sekeluarga seperti dihalau daripada rumah sendiri sehingga menyifatkan dirinya bagai haiwan jalanan.
@ohbulanofficial Replying to @Mina Darleena Kemelut Shila Amzah dengan adik lelaki sulung, Amir Syafiq nampaknya makin berpanjangan ? #ohbulan #sembangentertainment #shilaamzah #syadaamzah #rumah #pusaka ? original sound – OHBULAN!
Sumber: TikTok