Hari ini, pelakon Puteri Sarah Liyana mendakwa pernah dipukul suaminya, Syamsul Yusof yang merupakan pengarah sensasi pada tahun 2020.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Happy Birthday To Me!’ – Ini Reaksi Puteri Sarah Bila Syamsul Enggan Bercerai, Dedah Mak Mentua ‘Willing’ Jadi Saksi
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syamsul Enggan Cerai, Puteri Sarah Dakwa Pernah Dipukul Pada Tahun 2020
Keganasan rumah tangga
Terbaharu, adik kepada Puteri Sarah iaitu Puteri Sofia tampil meluahkan rasa sedih dan bersalah terhadap kakaknya yang pernah menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Di Instagram Stories, Sofia menyatakan kakaknya menyembunyikan perkara tersebut daripada pengetahuan keluarga.
Sesetengah orang mungkin ada alasan mereka sendiri untuk merahsiakan satu perkara itu.
Di dalam Islam juga, adab seorang isteri untuk tidak memberitahu rahsia rumah tangga kepada keluarga terdekat untuk mengelakkan berat sebelah di mana berkemungkinan akan berdamai.
Saya sendiri rasa bersalah dan sedih dengan apa yang awak tanggung selama ini.
Adik doktor
Dalam pada itu, Sofia yang merupakan penuntut pengajian Doktor Kesihatan Awam memohon maaf kerana tidak mengetahui kakaknya menerima nasib malang itu.
Apa guna saya dah nak graduate dalam bidang ni punyalah hafal maksud keganasan, jenis-jenis keganasan, pemerkasaan wanita tapi saya tak tahu pun awak adalah sebahagian daripada maksud-maksud yang saya hafal tu.
Ofia (panggilan Sofia) minta maaf Yaya (panggilan Puteri Sarah), saya tak pernah tahu.
Terdahulu, Puteri Sarah dan suaminya, Syamsul Yusof diperintahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini supaya melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan perceraian mereka.
Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas memerintahkan demikian selepas kes itu disebut di hadapannya dengan dihadiri kedua-dua pihak.
Pada prosiding itu, Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Kamaruddin diwakili peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader manakala Syamsul atau nama sebenarnya Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 39, peguam syarie Roshdan Sujak. Permohonan cerai tersebut difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Konflik rumah tangga pasangan itu mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi Syamsul tidak pernah membuka mulut mengenainya.
Bagaimanapun pada Januari lalu, Syamsul akhirnya mengaku sudah bernikah dengan orang ketiga yang didakwa menjadi punca keretakan rumah tangganya bersama Sarah iaitu Ira Kazar.
Susulan pendedahan tersebut, topik mengenai kemelut rumah tangga Sarah dan Syamsul serta kehadiran Ira Kazar menjadi topik hangat dalam kalangan netizen.
Untuk info, Sarah dan Syamsul telah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Syaikhul Islam dan Sumayyah.
Sumber: Instagram