Pelakon Puteri Sarah Liyana mendedahkan ibu dan bapa mentuanya, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail ingin menjadi saksi dan pencelah melibatkan krisis rumah tangganya selepas pengarah sensasi, Syamsul Yusof mendakwa dirinya nusyuz.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syamsul Enggan Cerai, Puteri Sarah Dakwa Pernah Dipukul Pada Tahun 2020
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ini Kali Pertama Saya Berjumpa Selepas Setahun’ – Puteri Sarah ‘Ketawa’ Syamsul Cakap Masih Ada Sinar
Ibu mentua jadi pencelah
@ohbulanofficial Dakwah kena pukul. Moga diberikan keadilan buat Puteri Sarah Liyana #ohblan #fyp #viral #trending #puterisarahliyana #dakwa #kena #pukul #syamsulyusof ? original sound – OHBULAN!
Menurut Puteri Sarah, Patimah menghubunginya dan menawarkan untuk membantu dalam kemelut tersebut. Kata aktres berumur 38 tahun, Yusof dan Patimah menjadi saksi utama sepanjang pergolakan berlaku.
Baru sahaja tadi mak dan bapa mentua saya WhatsApp dan mendoakan saya untuk hari ini. Mereka juga ingin mencelah dan ingin menjadi saksi bila berhadapan nanti dengan orang ketiga dan juga Syamsul.
Mereka nak beri keterangan mereka sendiri kerana mereka sentiasa dengan saya, mereka nampak apa yang berlaku.
Dalam pada itu, ditanya apakah reaksi Sarah apabila hari yang ditunggu-tunggu tidak menjadi kenyataan, pelakon drama bersiri Suri Hati ini ketawa sambil berseloroh.
Happy birthday to me! Itu sahaja yang boleh saya cakap.
Terdahulu, Puteri Sarah dan Syamsul diperintahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah hari ini supaya melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan perceraian mereka.
Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas memerintahkan demikian selepas kes itu disebut di hadapannya dengan dihadiri kedua-dua pihak.
Pada prosiding itu, pelakon drama Melastik Ke Hatimu diwakili peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader manakala Syamsul atau nama sebenarnya Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 39, peguam syarie, Roshdan Sujak. Permohonan cerai tersebut difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Konflik rumah tangga pasangan itu mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi Syamsul tidak pernah membuka mulut mengenainya.
Bagaimanapun pada Januari lalu, Syamsul akhirnya mengaku sudah bernikah dengan orang ketiga yang didakwa menjadi punca keretakan rumah tangganya bersama Sarah iaitu Ira Kazar.
Susulan pendedahan tersebut, topik mengenai kemelut rumah tangga Sarah dan Syamsul serta kehadiran Ira Kazar menjadi topik hangat dalam kalangan netizen.
Untuk info, Sarah dan Syamsul telah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Syaikul Islam dan Sumayyah.