Penyanyi popular Indonesia, Afgan berkongsi kisah tentang sebuah keluarga yang sanggup datang dari Malaysia demi merealisasikan impian anak gadis mereka untuk menonton konsertnya di Jakarta baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Selepas Wanita Berhijab, Intan Najuwa Pula Kena ‘Tarbiah’ Dengan Netizen Gara-Gara Bersalam & Peluk Afgan
Artikel Berkaitan: Alami Depresi, Afgan Pulih Selepas Jumpa Psikiatri
Hadiah ‘straight A’
Menerusi perkongsian di TikTok, Afgan atau nama sebenarnya Afgansyah Reza terharu apabila konsertnya menjadi ganjaran hadiah kerana mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.
Saya rasa sangat terharu, tadi saya jumpa peminat dari Malaysia datang bersama keluarganya dan menegur saya.
Dia bagi saya tengok tiket konsert saya, Evolution Jakarta yang berlangsung semalam kemudian dia bercerita bahawa anaknya meminta jika keputusan peperiksaan kesemuanya A, dia cuma mahu dibawa menonton konsert Afgan.
Menurut bapa gadis tersebut, pada awalnya dia menyangka anaknya akan meminta hadiah yang lebih mahal.
Saya berjanji kepadanya, kalau dapat keputusan yang bagus boleh minta apa sahaja. Saya ingat dia mahu telefon bimbit atau komputer riba tetapi dia cakap dia hanya mahu ke konsert Afgan.
Lebih terharu apabila keluarga tersebut sanggup menabung untuk terbang ke Indonesia. Bagaimanapun, hanya gadis tersebut dan ibunya sahaja yang menonton konsert pelantun lagu Terima Kasih Cinta itu.
Bapanya memberitahu keluarganya menabung untuk ke sini (Indonesia), dan akhirnya yang hanya membeli tiket cuma anak dan isterinya sahaja. Jadi bapa dan neneknya menunggu di luar selama dua jam setengah.
Pada akhir video, gadis tersebut berkata menonton konsert Afgan adalah antara hari yang paling bermakna di dalam hidupnya.
@afgan2705 moments like this is the reason why i make music. thank you soo much to this beautiful family who came all the way from Malaysia to watch my concert. i appreciate you guys soo much! ?
Sumbr: TikTok