Penyanyi dan komposer Aina Abdul tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan mengatakan dia menerima bayaran paling mahal ketika menjayakan sebuah acara di Melaka, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: 30 Lagu Bakal Berentap Di SFMM38! Ziana Zain, Aina Abdul & Hael Husaini Antara Persaing Hangat
Artikel Berkaitan: Penganjur Acara Di Melaka Dedah Aina Abdul Terima Bayaran Termahal Berbanding Artis Lain?
Bayaran setimpal
Ketika ditemui OhBulan!, Aina berkata bayaran yang diterima adalah setimpal dengan persembahan dan persiapan yang dilakukan untuk acara berkenaan.
Menurut Aina, persiapan tersebut merangkumi banyak perkara termasuk busana, solekan, jurufoto dan lain-lain.
Seorang Aina Abdul kalau keluar, persiapannya mengambil masa berjam -jam, disiapkan rapi oleh pasukan yang sangat perfectionist.
Yang menyiapkan saya bukan sahaja dari sudut pakaian, tapi juga mikrofon, juruvideo, jurufoto dan semuanya, the whole package.
Aina berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media pengumuman 30 buah lagu yang layak ke Separuh Muzik-Muzik 38 (SFMM38) yang diadakan di Jiospace, Damansara, pada Ahad.
Dalam masa sama, pelantun lagu Terus Hidup itu berkata, dia juga perlu membayar pasukannya yang berkerja untuknya.
Jadi, nak membawa saya ke satu acara memakan kos dan saya beritahu pasukan saya, kerja yang dilakukan ini periuk nasi bersama.
Harga itu bukan untuk saya seorang, untuk semua pasukan yang menyiapkan saya. Berkongsi rezeki bersama, jadi saya rasa ia setimpal.
Terdahulu, seorang individu yang dipercayai rakan kepada penganjur sebuah acara di Melaka mendakwa Aina menerima bayaran paling mahal berbanding beberapa artis lain yang turut diundang.
Sekadar info, Aina berjaya melayakkan diri ke SFMM38 menerusi lagu Jangan Mati Rasa Itu.
SFMM38 yang dihoskan Izzue Islam dan Fiza Frizzy akan bersiaran secara langsung dari Studio 1, Glenmarie, Shah Alam bermula jam 3 petang pada 15 Disember hingga 17 Disember ini.