Sambutan Hari Bapa semestinya istimewa kerana ianya merupakan hari yang disambut untuk menghargai pengorbanan seorang ayah.
Begitulah yang terjadi apabila Khairy Jamaluddin kelihatan sebak menerima ucapan daripada anak-anak.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Lembut Juga Pinggang’ – Netizen Terhibur Tengok KJ Menari, Dah Tak Keras
Artikel Berkaitan: KJ Sambung Kontrak DJ Hot FM, Sampai Hujung Tahun Ini
Artikel Berkaitan: [VIDEO] KJ Mula Tugas Penyampai Radio Hot FM, Kongsi Isu Semasa & Politik – ‘Saya Bawa Dengan Cara Mudah Difahami’
Sebak dengan ucapan anak
Menerusi perkongsian di TikTok, Khairy atau lebih mesra dengan panggilan KJ sebak dengan kejutan rakaman ucapan daripada anak-anaknya.
Apa yang lebih menarik perhatian apabila bekas Menteri Kesihatan itu dilihat mengalirkan air mata semasa peti suara itu dimainkan.
Dalam video itu, anak-anak KJ sempat berseloroh dalam memberi ucapan buat ayah tercinta.
We love you Papa. Kita kan dah sambut Father’s day semalam. We love you so much Papa.
Knock knock. Who’s there? Huppy. Huppy who? Happy Father’s Day Papa. I love you.
@hotfm976_ Awwww kalau korang nak tau, pagi tadi ada kejutan ucapan Hari Bapa tau! So, ada ucapan-ucapan istimewa daripada anak-anak Chief @Khairykj ! KJ menangis!! ?? Satu konti sebak tauuuuu ??? Selamat Hari Bapa, Papa KJ! ??????? #KJJadiDJ #BekpesHot #JohanKiniDiHotFM #YangHangatDanTerbaik #hotfm
Kj ayah yang hebat!
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak mendengar ucapan khas itu. Selain itu, terdapat juga komen yang memuji KJ kerana disifatkan sebagai seorang ayah yang baik walaupun sibuk dengan urusan kerja.
Sumber: TikTok @hotfm976_