Pempengaruh media sosial, Aisar Khaled meluahkan hasratnya untuk bertemu dengan peniaga air teh Indonesia yang tular dicerca dan dipersendakan seorang pendakwah di hadapan khalayak ramai sewaktu sedang berniaga dalam satu majlis agama di sana.
Artikel Berkaitan: Aisar Khaled Sedia Wang Tunai RM100k, Mahu Bantu Pengikut Langsai Hutang
Aisar nak jumpa peniaga
@aisarkhaledd Bapak Semoga Setelah Ini Jualan Es Teh Rezeki Bapak Bertambah Lebih Besar , Bapak Seorang Ayah Yang Hebat Jika Ada Kelapangan Aku Ingin Berjumpa Sama Bapak ? #masukberanda #esteh #reels #aisarkhaledd #epyepe ? Rumah by Salma Salsabil – Sadvibes?
Menerusi perkongsian di TikTok, Aisar yang mengakui dirinya terkesan dengan kejadian itu memaklumkan dia kini sedang berusaha untuk mencari jalan bagaimana untuk bertemu dengan peniaga itu.
Assalamualaikum warga Indonesia, buat sesiapa yang mengenali pak cik ini, saya mahu berjumpa dengan dia kerana pak cik ini seorang yang sangat hebat.
Sekarang ini, saya masih lagi berada di Jakarta.
Jika pakcik ini berada di Papua, Bandung atau mana-mana sahaja negeri di Indonesia, bantu saya untuk menghubungi pakcik ini.
Aisar nak beri bantuan
Tambah pemilik nama Aisar Khaled Kamel, dia berharap orang ramai dapat membantu memudahkan urusannya yang ingin memberikan bantuan buat peniaga teh ais tersebut.
Kalau ada yang kenal, boleh tolong komen atau bantu kongsikan video ini.
Saya akan datang berikan sedikit bantuan dan kegembiraan buat pakcik ini.
Tolong bantu ya teman-teman.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji niat baik Aisar dan mendoakan agar segala urusannya untuk bertemu dengan peniaga itu dipermudah.
Komen netizen
Sumber: TikTok Aisar Khaledd