berita

[VIDEO] Aksi Spontan Gadis Ini Melatah Di Program Live Undang Perhatian Netizen

November 3rd, 2019 | by Amat
Kini Trending

Melatah adalah satu penyakit yang dekat dengan masyarakat kita. Melatah merujuk kepada mengeluarkan perkataan atau membuat sesuatu dengan tidak sengaja kerana terperanjat. Kadang-kadang penyakit melatah ini juga menjadi bahan hiburan buat orang disekeliling kita.

Video tetamu jemputan ke program Malaysia Hari Ini (MHI) tarik perhatian netizen apabila individu berkenaan ‘beraksi’ melatah semasa siaran langsung. Rata-rata ramai terhibur dengan pelajar itu.

Melatah, terhibur atau terseksa?

Video berdurasi 10 minit yang dimuatnaik di Youtube channel TV3 Malaysia Official ini telah dapat lebih 95ribu tontonan. Menerusi temubual pengacara Ally Iskandar bersama 4 orang pelajar sekolah menengah itu sememangnya undang perhatian netizen apabila salah pelajar perempuan itu melatah ketika siaran langsung.

Keempat pelajar ini diundang ke program tersebut kerana ‘video melatah’ mereka telah viral di media sosial. Maka, program temubual ini mengundang mereka bagi mendekati ‘si latah’ dan ‘penyakat’ yang dikatakan selalu menghiburkan rakan-rakan lain di sekolah.

Orang melatah memang comel

Sumber: TV3 Malaysia

SKIP THIS AD ×