Pelakon dan pengacara, Yasmin Hani sekali lagi meraih perhatian warganet selepas dia berkongsi satu hantaran video yang memaparkan kemesraannya bersama teman lelaki, Alif Hadi.
Artikel Berkaitan: Fesyen Yasmin Hani Berbaju Jarang ‘Purple’ & Seluar Tak Berkancing Jadi Sorotan
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Didakwa Tinggal Sebumbung Dengan Alif Hadi, Yasmin Hani Anggap Kolot Pemikiran – ‘Mak Saya Nak Campak Mana?’
Cium bahu
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Yasmin atau nama sebenarnya Yasmin Hani Ismail Richardson dan Alif sedang berada di lapangan terbang serta dilihat bersama-sama menaiki pesawat.
Ibu kepada dua orang anak itu kelihatan gembira bersama teman lelakinya yang juga merupakan seorang pelakon.
Melalui hantaran yang sama, Hani juga tanpa segan silu mencium bahu Alif.
Netizen soal status hubungan
Kemesraan yang ditonjolkan pasangan selebritu itu semestinya mengundang pelbagai reaksi daripada warganet. Ada di antara mereka yang dilihat kurang senang dan mendesak agar mereka segera mendirikan rumah tangga bagi menghindarkan dari fitnah.
@yasmin.hani07 My Man ?? #BeautifulDays
Sumber: TikTok