Setelah sekian lama mendiamkan diri, pelakon dan penyanyi Aliff Aziz akhirnya membuka mulut dan tampil menjelaskan tentang kontroversi rumah tangganya.
Artikel Berkaitan: ‘Enough Sarah Yasmine!’ – Azhar Sulaiman
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘I Give You My Phone’ – Sarah Yasmine Bongkar Rakaman Aliff Aziz Menangis, Tak Takut Nak Saman Ruhainies 5 Juta Dollar
Hubungan dengan Ruhainies
Menerusi temu bual podcats bersama The Common Folks SG, Aliff atau nama lengkapnya Mohammad Aliff Aziz mendedahkan tentang bagaimanana hubungannya bersama aktres Ruhainies mula terjalin.
Saya rasa perkara ini terjadi sebab saya tak dapat nak berkomunikasi dengan Bella betul-betul. Setiap kali saya cuba untuk berkomunikasi, setiap kali saya nak ceritakan tentang perasaan saya ia akan jadi pergaduhan.
Sampai masanya saya rasa saya hanya perlu berdiamkan diri tapa mengetahui yang berdiam diri itu hanya akan membuatkan lebih banyak masalah datang. Jadi saya mengalihkan perhatian saya dengan kerja.
Tapi dalam beberapa minggu semasa penggambaran, saya rasa mungkin prestasi saya dalam kerja kurang baik dan ramai yang di set penggambaran perasan perkara itu. Ruhainies pun ada bertanya adakah saya mempunyai masalah.
Menurut pelantun lagu Sayang Sayang itu, perhubungan mereka kian rapat selepas dia berkongsi dengan Ruhainies tentang masalah peribadinya.
Pada awalnya, saya memang tak campur urusan peribadi dengan kerja. Tapi tak lama selepas itu, kami jadi lebih rapat. Saya mula luah perasaan dan sampai sekarang saya rasa itu satu keputusan yang amat saya kesali.
Tapi saya rasa sebab perkahwinan saya dan perasaan yang bercampur baur, saya akhirnya jatuh dalam masalah itu. Saya mula meluah sehingga Ruhainies rasa simpati.
Tapi niat saya bukanlah untuk raih simpati, pada saya ia hanya untuk berkongsi apa yang saya rasa. Malangnya dengan berkongsi ia telah membuka pintu untuk mengenali satu sama lain dengan lebih rapat.
Bagaimanapun, aktor berusia 33 tahun itu menyesali perbuatannya kerana mengakui bahawa itu adalah punca kepada segala masalah yang berlaku ketika ini.
Saya bertanggungjawab penuh tentang itu, jika saya dapat putar balik masa, saya tak akan luah perasaan saya.
Terdahulu, Bella mendakwa Aliff telah berlaku curang. Lebih parah lagi, aktor yang berasal dari Singapura itu didakwa pernah menjalin hubungan cinta bersama adik iparnya, Eriqa Astillah.
Bella kemudian memfailkan perceraian pada 13 Mac lalu selepas Aliff dan Ruhainies ditangkap berkhalwat di sebuah kondominium mewah.
Bella sebelum itu mengaku ‘menggunakan’ pelakon baharu, Muaz Zabir untuk membuat suaminya cemburu. Ia susulan tersebarnya foto dan perbualan mesra mereka di media sosial.
Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.
Video
Sumber: The Common Folks SG