berita

[VIDEO] Aliff Aziz Kongsi ‘Hadiah’ Kiriman Bella Astillah Sebelum Dihukum Penjara

September 16th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Sebelum ini, pelakon Singapura iaitu Aliff Aziz dihadapkan ke mahkamah dan mengakui bersalah bagi tuduhan mencuri dan berkelakuan tidak senonoh di tempat awam. Terbaru, menerusi laporan Harian Metro, pelakon itu telah dijatuhkan hukuman penjara dua minggu dan denda RM1,500 oleh Mahkamah Negara Singapura selepas didapati bersalah.

Artikel berkaitan: Aliff Aziz Mengaku Bersalah Mencuri, Berkelakuan Tidak Senonoh Di Tempat Awam

Aliff Aziz menerusi IG Story berkongsi video nyanyian kiriman daripada isterinya iaitu Bella Astillah sebagai penguat semangat untuk hadapi ujian ini.

Thank you so much, sayang’

Bella Astillah mengirimkan video nyanyian suaranya buat Aliff Aziz. Pelakon lelaki itu menerima ‘hadiah’ tersebut sebelum dirinya sekali lagi naik ke mahkamah untuk perbicaraan.

Sementara itu, memetik laporan Harian Metro, Aliff mengakui bersalah di mahkamah atas dua pertuduhan pada 7 Ogos lalu. Aliff didakwa mencuri wang sebanyak RM915 dan RM285 milik pelakon dan ahli politik Indonesia, Raja Yunika Perdhana Putri di dalam bilik hotel di Nanson Road berdekatan Havelock Road, Singapura.

Aliff bagaimanapun mengakui mencuri sejumlah wang tersebut kerana terdesak memerlukan wang untuk membeli makanan dan membayar pengangkutan.

Dalam kes di pertuduhan kedua, Aliff didapati mabuk di bawah jambatan pusat beli-belah Orchard Towers pada 10 November 2019. Seorang pegawai polis melihat dia menjerit dengan kuat dan memberi isyarat ‘lucah’ kepada seseorang.

Kiriman nyanyian daripada isteri

Sumber: Aliff Aziz, Harian Metro

SKIP THIS AD ×