Pengacara dan penceramah motivasi, Amin Idris mendedahkan dia adalah seorang penganut agama Kristian sebelum memeluk Islam.
Artikel Berkaitan: ‘Berhenti Jadikan Orang Bod*h Famous’ – Amin Idris
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Eh Anak Aku!’ – Amin Idris Menangis Di Live TV, Terima Kejutan Panggilan Dari Anak Sendiri!
Kisah lalu Amin Idris
Menerusi perkongsian bersama Molek FM, Amin berkata pada awal penghijrahan, dia dan ibu kurang pengetahuan dalam asas agama Islam.
Saya masuk Islam masa umur empat tahun. Mak pula tak ada asas ilmu agama yang kuat, jadi cara dia didik anak tu pun..dia tak tahu nak ajar macam mana.
Jadi saya betul-betul ikut kawan.
Menurut Amin, dorongan ibu untuk menghantarnya ke sekolah agama menjadi faktor perubahannya untuk mempelajari Islam dengan lebih mendalam.
Saya kena ucapkan terima kasih kepada mak saya juga, selepas Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), saya dapat tawaran dekat asrama penuh.
Memang saya nak masuk sebab asrama penuh ni dikira kebebasan tapi mak saya tak bagi dia suruh saya masuk sekolah agama. Dia suruh saya masuk ke SMKA Falahiah di Kelantan.
Bercerita lanjut, pengacara berusia 42 tahun itu berkata dahulu dia tidak tahu cara untuk mengambil wuduk dan pernah diketawakan semasa menunaikan solat.
Semasa minggu orientasi, saya terkebil-kebil sebab tak reti ambil wuduk. Saya terpaksa tunggu orang sebelah untuk tiru dia ambil wuduk.
Saya pernah diketawakan oleh orang ramai di masjid sebab saya sembahyang zohor lapan rakaat dengan hanya satu salam. Dulu betul-betul tak reti.
Bagaimanapun, Amin menzahirkan rasa syukur apabila dia berpeluang untuk mempelajari ilmu agama ketika di bangku sekolah dan di universiti.
Memang jahil, tapi berkat usrah, pergi sekolah agama dan belajar asas agama jadi Alhamdulillah hari ini sedikit sebanyak adalah pengetahuan. Masuk pula ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA), sempat juga berguru dan mengaji hadis.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tidak menyangka bahawa Amin adalah seorang mualaf dan mengagumi kisah penghijrahannya sebagai muslim.
Ingat dia Melayu muslim, baru tahu. Alhamdulillah, tahniah buat mak dia.
Penghijrahan Amin begitu mencabar dan penuh dugaan, Alhamdulillah untuknya.
Ya Allah baru tahu Amin bukannya asal Islam tapi jadi hebat begini. Itulah ketentuan Allah SWT.
@molekfm Masyaallah baru tahu @Amin Idris masuk islam umur 4 tahun sek awok weh!! ? tapi nakal jugok dih abdo Amin jamey- jamey budok dulu ? #MolekFM #MolekPagiDuo #DJNazz #Qila #aminidris
Sumber: TikTok Molek FM