berita

[VIDEO] Jenazah Rider Ditemui Dalam Keadaan Lengkap, Arwah Bekas Pelajar Sekolah Agama

August 18th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Seorang penghantar makanan yang dikenali sebagai Muhamad Hafiz Muhamad Salleh antara 10 mangsa yang terkorban dalam tragedi nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie, dekat Elmina, Shah Alam, semalam.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Dengar Penunggang Motosikal Beberapa Kali Menjerit Allahuakbar’

Artikel Berkaitan: Lelaki Biadap Dikecam Tinggal Komen Minta Anwar Ibrahim Jadi Mangsa Terkorban

Jenazah dalam keadaan lengkap

Memetik laporan Berita Harian, biarpun kurang sempurna, namun jenazahnya dikatakan ditemui dalam keadaan lengkap.

Perkata itu dimaklumkan sendiri oleh adik kepada mangsa iaitu Norhikmah Muhammad Salleh, 26.

Kami sekeluarga dimaklumkan pengecaman jenazah abang, Muhamad Hafiz Muhamad Salleh, 32, sukar dilakukan kerana wajahnya kurang sempurna, tetapi dikatakan anggota badan masih lengkap.

Pelajar sekolah agama

Sementara itu, seorang individu yang dipercayai rakan sekolah kepada mangsa berkata arwah merupakan pelajar sebuah sekolah agama yang terletak di Kulim, Kedah.

Menurut individu itu lagi, arwah mempunyai peribadi yang baik dan tidak lokek dengan senyuman.

Dia (arwah) kawan sekolah saya di Sekolah Menengah Agama Tarbiah Diniah, Kulim, Kedah. SPM 2008.

Arwah memang seorang baik, tak lekang daripada senyuman. Allahuakbar.

Individu berkenaan berkongsi mengenai perkata itu menerusi komen yang ditinggalkan pada sebuah hantaran berita mengenai tragedi terbabit di laman TikTok.

Terdahulu, Muhamad Hafiz yang bekerja sebagai penghantar makanan dikatakan kebetulan lalu di lokasi kejadian dan menjadi antara 10 mangsa yang maut akibat insiden pesawat terhempas di Bandar Elmina dekat Shah Alam, Selangor, kira-kira jam 2.40 petang semalam.

Jet peribadi jenis Beechcraft Model 390 itu berlepas dari Langkawi, Kedah dan dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang, pada jam 2.50 petang, namun terhempas dua minit sebelum waktu pendaratan.

Video

@godex8804 Replying to @godex8804 #rider #nahaspesawatelmina#alfatihah ? original sound – ??eroz ??o??a? c?

Sumber: TikTok, Berita Harian

SKIP THIS AD ×