Baru-baru ini, gelagat anak pelakon dan juga pengacara terkenal, Ain Edruce, makan salji di Jepun telah mencuri perhatian netizen.
Artikel Berkaitan: Ain Edruce Janji ‘Behave’, Tak Mahu Terlalu ‘Lantang’ Sewaktu Mengacara ABPBH35
Makan salji
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Ain atau nama sebenarnya Nurulain Edruce memuat naik video anaknya, Soraya yang teruja apabila dapat merasai salji.
Apa yang mencuri perhatian adalah gelagat Soraya ketika makan salji berulang kali.
Di ruangan kapsyen, pelakon berusia 32 tahun itu sudah menghalang tindakan anaknya namun terpaksa akur akhirnya.
Mummy cakap tak boleh tapi…
Netizen terhibur
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Soraya, malah ada juga yang turut bertanya bagaimana rasa salji tersebut.
Bukan itu saja, ada juga yang turut bergurau dengan meminta Soraya menambah perisa coklat untuk menjadikannya sebagai ais kepal.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Instagram