Ketabahan hati seorang wanita yang ditonjolkan oleh personaliti media sosial, Aisyah Hijanah sangat dikagumi walaupun bahtera rumah tangganya bersama suami sedang hebat diuji.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Viralkan Gambar Alif Teega & Wanita Dipercayai Fatin Umaidah Dalam Kereta – ‘Patutlah Tak Bagi Check Dashcam, Takut Kantoi!’
Artikel Berkaitan: ‘Dia Hanya Nak Tahu Isi Dashcam, Kereta Itu Pula Selalu Alif Bawa Atau Mungkin ‘Perempuan Itu’….’ – Adik Aisyah
Aisyah hargai warganet
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, kelihatan Aisyah sedang berinteraksi bersama pengikutnya yang rata-rata menghujani ruangan komen dengan memberikan kata-kata semangat buat pempengaruh itu.
Untuk korang semua yang merasai apa yang saya rasai dan berduka cita, memberi motivasi..terutamanya yang menunjukan kasih sayang yang amat besar.
Sebagai seorang manusia kita tak boleh menafikan kita ada naik dan turun. Ada masa kita berada di bawah sangat. Jadi sehebat mana pun kita memberi motivasi terhadap orang kita juga perlukan orang untuk memberi kita motivasi.
Dalam pada itu, tidak lekang di bibir Aisyah yang sentiasa mengucapkan terima kasih terhadap warganet selain menzahirkan rasa syukur atas keprihatinan mereka.
Alhamdulillah anda semua adalah orang yang baik. Saya bersyukur dan saya berterima kasih kepada semua. Tengok ayat-ayat dekat sini..’hugs’, walaupun kita tak kenal secara rapat tapi kita membantu satu sama lain.
Saya mendoakan segala kebaikan yang korang bagi walaupun cuma masuk dalam live dan cuma cakap ‘hugs’. Saya harap Allah akan balas yang lebih baik kepada korang dan Allah mudahkan urusan saya, urusan Alif, urusan yang disebelah sana dan urusan semua.
Mana yang buruk Allah yang balas, mana yang baik Allah biar Allah yang balas. Biar semua ini Allah yang uruskan.
Bagaimanapun, paling menarik perhatian warganet apabila Aisyah mendedahkan bahawa emosi anak perempuannya, Khadijah yang dikatakan berubah dipercayai gara-gara isu yang melanda perkahwinannya ketika ini.
Aisyah nak keluar bawa anak-anak berjalan. Khadijah pun Aisyah tengok sekarang dia banyak diam, termenung dan saya tahu dia sedih sebenarnya sebab dia nampak kan. Masa untuk menggembirakan anak-anak pula.
Terdahulu, kecoh diperkatakan tentang personaliti media sosial, Alif Teega yang mengumumkan bahawa dia sudah bernikah lain.
Kata Alif, tujuan dia berkongsi perkara tersebut kepada kepada umum kerana ingin mengelak daripada sebarang fitnah terhadap dirinya, isteri dan keluarga.
Manakala, Aisyah mendoakan kebahagiaan Alif bersama madunya dan berharap orang ramai tidak bercakap buruk mengenai perkahwinan mereka
@purlishh Part last Aisyah bagi hint ke? ? Semoga dipermudahkan segala urusan Aisyah dan diberikan Aisyah kekuatan yg tertinggi Amin ya rabb al amin ??? #fyp #fyp? #fyp??viral #fyppppppppppppppppppppppp #aisyahhijanah
Sumber: TikTok