berita

[VIDEO] Anak Sulung Arwah Siti Sarah Kongsi Memori ‘Perfume Ibu’, Netizen Sebak Tengok

March 30th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Perkongsian dari anak sulung Allahyarhamah Siti Sarah telah mendapat perhatian warganet apabila berkongsi momen indah bersama arwah ibunya.

Artikel Berkaitan: Muat Naik Kembali Video Nikah, Shuib Sepahtu Ditegur Netizen – ‘Aurat Arwah Isteri Tu…’

Artikel Berkaitan: Shuib Jadikan Keluarga Allahyarham Siti Sarah Sebagai Contoh Untuk Mendidik Anak-Anak

‘Perfume’ Ibu

Menerusi perkongsian video di Instagram (IG) milik Siti Sarah, memaparkan anak sulungnya, Uwais Al Qarni sedang bercerita tentang memori bersama arwah ketika membeli minyak wangi.

Menurut Uwais, ketika ibunya sedang bercuti di luar negara, ibunya sedang berjalan dan arwah tertarik dengan bau haruman yang dipakai oleh seorang wanita yang berselisih dengannya. Siti Sarah berpatah balik untuk menyapa wanita tersebut lalu bertanyakan tentang jenama haruman yang digunakannya.

Anak sulung pasangan arwah Siti Sarah dan Shuib itu kemudian mengambil dan menunjukkan botol minyak wangi yang dibeli arwah.

‘Mesti dia rindu ibu dia’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet sebak mendengar cerita yang disampaikan Uwais yang mirip wajah arwah ibunya itu, kerana pada mereka anak pertama amat istimewa dan mempunyai banyak kenangan bersama ibu.

@sitisarahshuib84

Uwais terjumpa perfume ibu, mula la bercerita ? #uwaisalqarni #sitisarahraissuddin #lovetahq #tudungsitisarah

? Ibu – Haddad Alwi

Sumber: Instagram, TikTok

SKIP THIS AD ×