Pasangan pelakon Angeline Tan dan suami Sabri Yunus sering mendapat perhatian di media sosial selepas mereka mendiri rumah tangga.
Artikel Berkaitan: Angeline Tan Syampu Kepala Sabri Yunus, Netizen Imbau Kenangan Pi Mai Pi Mai Tang Tu – ’30 Tahun Tunggu Lucy Cuci Rambut’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dina Nadzir Sebak Dengar Doa Angeline Tan – ‘Allah Tak Pernah Abaikan Sesiapa’
Tanggungjawab sebagai muslimah
@tvalhijrah Tak habis bersemut lagi ke bang @sabriiyunus & kak @angeline_tan1 ? Hampir satu Malaysia dah nak pindah planet lain ni :D Nantikan program ANGELINE TANYA ABANG JAWAB akan menemui penonton bulan September ini di TV AlHijrah. sabriyunus angelinetan angelinetanyaabangjawab ATAJ tvalhijrah114 satukanummahdenganilmu jomtontontvalhijrah MalaysiaMadani PelanAlFalah alhijrahplus fyp foryoupage fyp??viral
Menerusi temu bual bersama TV Al-Hijrah, Angeline atau nama nama penuhnya Ardini Angeline Tan mendedahkan bahawa Sabri tidak pernah memintanya untuk memakai hijab.
Abang (Sabri) tak pernah suruh dan tak pernah minta.
Bagaimanapun, sebagai seorang muslim, Angeline berasa bertanggungjawab untuk menutup auratnya dengan sempurna.
Tapi saya rasa sebagai seorang Islam, ini lebih sopan dan lebih kemas untuk seorang muslimah.
Sabri tak pandai pasal tudung, dia kata belilah apa yang saya rasa cantik.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji kejelitaan Angeline dan mengagumi ketulusan hatinya untuk menjadi muslimah yang lebih baik.
Angeline sejak bertudung muka dia nampak lebih manis dan muda.
Bertambah cantik bila berhijab, terserlah keikhlasannya memeluk Islam.
Nampak cantik dan sopan orang yang pakai tudung dengan sempurna.
Terdahulu, pasangan tersebut selamat diijabkabulkan dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Perlis pada 14 Oktober tahun lalu.
Sekadar info, Sabri dan Angeline mula berkenalan semasa menjayakan sitcom Pi Mai Pi Mai Tang Tu pada tahun 1992.
Untuk rekod, Sabri pernah mendirikan rumah tangga dengan Norraya Mohd Yusof dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata. Walau bagaimanapun, Norraya meninggal dunia pada Ogos 2007 akibat kanser.
Sementara itu, Angeline yang pernah mendirikan rumah tangga sebelum ini pula mempunyai dua anak hasil perkahwinan terdahulu.
Sumber: TikTok TV Al-Hijrah