berita

[VIDEO] Anjing Jiran Terlepas, Kanak-Kanak Cemas Lari Selamatkan Diri – ‘Kalau Aku Memang Terus Pergi Sound’

April 13th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Seorang wanita dikenali sebagai Kinraani menerusi sebuah video yang dimuat naik di aplikasi TikTok, meluahkan rasa kesal dengan tindakan sesetengah individu yang bertindak melepaskan anjing peliharaan mereka.

Perkara tersebut secara tidak langsung akan membahayakan nyawa orang lain terutamanya kanak-kanak.

Artikel Berkaitan: Jiran Suka Parking Kereta Depan Rumah, Lelaki Tampal Nota ‘Untuk Dijual’.. Terus Dia Alih!

Artikel Berkaitan: Tiga Kali Jiran Letak Paip Aircond Dekat Rumah Orang, Yang Pelik Bila Tanya Tak Mengaku

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Rider Penghantar Makanan Rempuh Pagar Rumah, Dipercayai Dikejar Anjing

Kanak-kanak dikejar anjing

Menerusi video pendek dikongsi memaparkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), anak saudaranya yang ketika itu sedang menutup pagar rumah bagaimanapun, terdapat seekor anjing yang secara tiba-tiba mengejar kanak-kanak lelaki itu.

Mujurlah mangsa ketika itu sempat melarikan diri ke arah belakang sebuah kereta dan anjing tersebut sama sekali tidak memasuki pekarangan rumah berkenaan.

Tolong hormat jiran-jiran. Jangan sesuka hati lepas anjing korang.

Pemilik video ini pada masa yang sama sempat memberikan peringatan kepada orang ramai supaya tidak sesuka hati melepaskan anjing peliharaan mereka.

Nasib baik anak saudara aku sempat lari kalau tak dah kena gigit dah agaknya.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih hampir 60k tontonan dan pelbagai respon daripada wargamaya. Menerusi ruangan komen, rata-rata wargamaya turut meluahkan rasa risau jika perkara seumpama ini berlaku.

Video penuh:

@kinraani__ please hormat jiran jiran yang islam , jangan sesuka hati lepas anjing korang . Nasib baik anak sedara aku sempat lari kalau tak dah kena gigit dah agaknya ? please ! #berandatiktok ? original sound – ???????

Respon netizen

Sumber: Kinraani

SKIP THIS AD ×