Dengan sekali lafaz, pelakon Datin Atikah Suhaime sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan Datuk Lokman Teh, 34, dalam sebuah masjlis pernikahan yang berlangsung pada malam Ahad.
Artikel Berkaitan: Atikah Suhaime Hadir Kursus Kahwin Dengan Pasangan, Rancang Nikah Januari Tahun Depan
Artikel Berkaitan: ‘Kalau Umur 31 Tahun Kena Nampak Macam Makcik-Makcik?’ – Atikah Suhaime Pelik Orang Tegur Muda
Atikah milik Lokman
Pasangan itu diwalikan dan dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Mohd Suhaime.
Atikah atau nama sebenarnya, Nur Atikah Mohd Suhaime, 33, menerima mas kahwin sebanyak RM300. Bagaimanapun wang hantaran dirahsiakan.
Difahamkan, majlis pernikahan tersebut diadakan secara tertutup di sebuah lokasi di ibu kota dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat serta teman rapat sahaja.
Selain itu, pihak pengantin lelaki menerima sebanyak 9 dulang hantaran berbalas 7 kepada pihak pengantin perempuan.
Pasangan itu kelihatan sama cantik sama padan mengenakan busana sedondon berona krim.
Pada Disember lalu, Atikah berkongsi berita gembira mengenai hari bahagianya yang bakal menjelang dengan pengikutnya di Instagram selepas memuat naik video majlis pertunangannya yang berlangsung secara ringkas di Singapura.
Sumber: TikTok Zaitun Industry