Pelakon jelita, Datin Atikah Suhaime berkongsi rasa terujanya apabila menerima hadiah berupa sebuah kereta mewah jenis Range Rover daripada suaminya, Datuk Lokman Teh.
Artikel Berkaitan: Atikah Suhaime Masih Janggal Dipanggil Datin – ‘Tapi Saya Perasan Dalam Perniagaan, Orang Lebih Hormat’
Tak ada lesen pula…
@atikahsuhaimeeee Husband belikan kereta. Alhamdullilah ?? #fyp #carsoftiktok #rangerovervogue #ubatgigizaitun ? original sound – TikaMe
Menerusi hantaran di TikTok, pelakon kelahiran Singapura ini meluahkan rasa bersyukur menerima hadiah tersebut meskipun ia merupakan kereta terpakai (second hand).
Atikah juga dilihat begitu bersemangat mencantikkan bahagian luar kereta pemberian suami tercintanya itu.
Suami saya belikan sebuah kereta second hand. Alhamdulillah.
Suami belikan sebuah kereta second hand, jadi saya bawa pegi ‘facial’. Iyalah, kalau kulit saya licin, permukaan kereta pun kena licin juga dan kecilkan pori-pori.
Bawa pergi polishing and coating kalau nak kereta nampak seperti baru.
Namun, apa yang menghiburkan ialah pelakon filem ‘Highland Tower’ ini mendedahkan dirinya masih tidak mempunyai lesen sehingga ke hari ini.
Atikah sempat berseloroh mengatakan dirinya bernasib baik kerana mempunyai suami yang boleh memandu dan membawanya ke mana sahaja.
Masalahnya satu sahaja, saya tidak ada lesen kereta.
Nasib ada suami tolong pandukan.
Hantaran tersebut telah meraih perhatian wargamaya dan rata-ratanya tumpang gembira dengan hadiah yang diterima Atikah.
Komen netizen
Sumber: TikTok Atikah Suhaime