Salah seorang calon Creator of The Year bagi TikTok Awards Malaysia 2023 iaitu Auntie Purple tampil menjawab persoalan warganet berikutan dia dilihat tidak memakai baju berwarna ungu pada malam anugerah tersebut.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ryan Bakery Dedah Isteri Sedang Hamil 5 Bulan – ‘Kalau Lelaki Nama Ryan Ezra, Kalau Perempuan Raysha Ezra’
Artikel Berkaitan: TikTok Awards: Khairul Aming Menang Creator Of The Year
Luah rasa kecewa
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Auntie Purple atau nama sebenarnya Noor Suhaili Mohamed Amin meluahkan rasa hampa dan terkilan apabila baju yang ditempah tidak seperti yang diinginkan sehingga dia tidak dapat memakainya.
Baju purple auntie ada, tapi ada masalah sikit. Video ini bukan untuk memalukan atau mengaibkan sesiapa cuma auntie nak luahkan rasa kecewa auntie.
Sebelum ini auntie buat baju dengan mereka cantik, mungkin mereka tak cukup masa atau kelam-kabut ke..itu auntie tak pasti.
Pempengaruh berusia 44 tahun tersebut kemudian mendedahkan secara terperinci setiap bahagian busana berkenaan yang dilihat kurang berkualiti.
Mereka pakai kain yang sangat nipis. ‘Kepuk’ ini (di bahagian tangan) dengan ‘kepuk’ itu tak sama, satu besar satu lagi sendat.. tak tahulah, mungkin cara gulung yang tak betul.
Yang dibahagian hujung tak berjahit, tak pasti sama ada tak sempat atau tak perasan.
Masa design cantik je dia lukis, ada bunga kecil-kecil tapi rupanya dapat dua bunga yang besar.
Paling auntie kecewa sangat bahagian kaki yang senteng, dia sambungkan. Bila sambung jadi tak cantik la kan. Sebab itulah auntie tak pakai.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut merasa kecewa apabila melihat hasil baju tersebut.
Bagaimanapun, pengikutnya tetap memuji sikap personaliti media sosial itu yang tidak cepat melatah malah masih bersangka baik terhadap pereka busananya.
@auntiepurple248 Tahniah buat semua pemenang Tiktok Award Malaysia 2023! #tiktokawardsmalaysia #bukanbajusponsor
Sumber: TikTok