Foto: Tangkap layar video
Awal-awal nampak macam gangster tapi bila buka hadiah pemberian rakan-rakan, terus sebak! Itu yang berlaku kepada seorang lelaki yang tidak mampu menahan sebak sebaik menerima kejutan sempena hari jadi.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Baru Nak Seronok Dapat ‘Suprise Delivery’, Sekali Terbang!
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Wanita Sebak & Menangis Dapat Kejutan Masa ‘Birthday’, 2 Kali Raya Pun Anak Tak Dapat Balik Lagi…
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ibu Sebak Dengar Ucapan Hari Jadi Daripada Anak-Anak, Tak Dapat Nak Balik Kampung Lagi…
Member sebak dapat hadiah
Foto: Tangkap layar video
Menerusi viideo yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok, Multazam Nasir menunjukkan seorang lelaki sedang membaca kad ucapan sempena hari jadinya. Pada mulanya dia keberatan untuk membaca namun setelah diminta rakan yang lain, dia membaca dengan kuat.
Happy Birthday Ashmil, semoga panjang umur dan murah rezeki. Sorry kau rasa kita orang tak pernah celebrate birthday kau. Kita orang dah plan macam-macam tapi sebab PKP.
Semoga kau berjaya dalam apa jua. Kita orang sebagai kawan sentiasa doakan antara satu sama lain. Hope kau happy dengan hadiah yang kita orang bagi. Jangan cakap kami tak sayang kau.
Selesai membaca kad ucapan, rakan yang lain membuat kejutan memberikan kotak kasut. Terharu dengan hadiah yang diberikan, pemuda ini dilihat gagal menahan sebak dan mengalirkan air mata sebelum mencuba kasut baru. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak melihat pemuda ini mengalirkan air mata dan pada masa yang sama, memintanya supaya menghargai kawan-kawan.
Awal-awal gengster. Last-last hati tisu, hargailah detik-detik bersama sahabat kita.
Video penuh:
@multazamnasirKita simpan sini buat kenangan @ashmilsulaiman_ ##fyp ##friendship ##fyp?? Count on Me (Instrumental Version) – Instrumental Pop Songs & Soft Background Music
@multazamnasirHargai lah detik2 bersama sabahat kita ?? @ashmilsulaiman_ ##fyp ##friendship ##fyp?? Sad background music of piano and strings – Rinotzr
Syukur dapat kawan yang baik
Sumber: Multazam Nasir