Foto: Tangkap layar video
Tidak dinafikan setiap di antara kita menyimpan rasa ‘rindu’ yang mendalam buat keluarga yang berada di kampung halaman namun, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membataskan kita semua untuk pulang ke kampung seperti biasa.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak Tak Boleh Balik PKP, Ayah Tetap Masak Menu Raya, Bikin Netizen Tersentuh
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ibu Sebak Dengar Ucapan Hari Jadi Daripada Anak-Anak, Tak Dapat Nak Balik Kampung Lagi…
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Baru Nak Seronok Dapat ‘Suprise Delivery’, Sekali Terbang!
Apa yang lebih menyedihkan, apabila hari-hari ‘istimewa’ dan perayaan besar juga tidak dapat disambut bersama.
Ibu sebak rindukan anak
Foto: Tangkap layar video
Seperti video mengundang sebak dikongsi oleh Dee Chanteq menerusi beberapa buah video di laman TikTok, memaparkan reaksi seorang wanita yang ‘terkejut’ menerima kejutan bersempena hari jadinya. Pada mulanya, gadis ini sempat bertanyakan beberapa soalan kepada wanita ini mengenai keberadaan anak-anaknya. Wanita ini dengan tenang menjawab soalan yang diajukan dan bertanyakan akan bungkusan ‘istimewa’ yang diterimanya.
Namun, apa yang lebih menyedihkan apabila wanita ini cuba menahan sebak sebelum berjaya mengalirkan air mata sejurus mendengar ucapan daripada anak-anak dan menantu tersayang. Tidak berakhir di situ, wanita ini menadah tangan dan berdoa supaya segala urusan anak-anaknya dipermudahkan.
Selamat hari lahir Mak, semoga mak dipanjangkan usia dimurahkan rezeki. Sihat selalu, dan bahagia di samping anak-anak daripada anak-anakmu serta menantu.
Berbicara lebih lanjut, dia juga mendoakan supaya wabak ini berakhir dan anak-anaknya dapat pulang ke kampung halaman seperti biasa.
Makcik memang tak dapat nak cakap apa. Sebelum hari raya, sampai sekarang hari raya Haji pun masih tak dapat nak balik. Makcik pun tak dapat nak jumpa. Kita sama-sama berdoa supaya wabak ini habis, semoga kita bebas tak ada masalah. Semoga kita semua panjang umur, kita boleh jumpa lagi anak-anak mak, menantu dan cucu-cucu mak. Semoga kita dapat jumpa satu hari nanti.
Video penuh:
@deechanteqPart 1 pun da leleh airmata..the power of doa seorg ibu..jom tgk part 2 satgi..yg x kuat jgn tgk kang ngis.sbb dee pun x kuat??? original sound – Ikmal Alif
@deechanteqPart 2,luahan sebenar seorg ibu..ibarat mewakili kita semua yg rindukan keluarga?sumpah dee pun tak mampu tahan ngis?Allahu?? original sound – Ikmal Alif
Sumber: Dee Chanteq