Jaguh trek berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang memulakan tahun baharunya dengan menyertai program ‘Geng Subuh Macam Jumaat’ bersama Alif Satar sempena permulaan Tahun Baharu 2025 di Masjid Saidina Umar Al-Khatab, Bukit Damansara.
Artikel Berkaitan: Alif Satar Terharu Program Dianjurkan Dapat Sambutan, Siap Joging Bersama 3,000 Jemaah Selepas Solat Subuh
Artikel Berkaitan: Alif Satar Teruja Sonny Bill Williams ‘Join’ Geng Subuh Macam Jumaat, Harap Kempen Diteruskan Di New Zealand
Berkat mempunyai rakan yang ke arah kebaikan
Menurut Azizul, permulaan tahun 2025 sangat baik dan dia sangat bersyukur kerana mempunyai rakan-rakan sekeliling yang sentiasa mengajak ke arah kebaikan.
Di dalam kehidupan ni, kita jangan takut untuk mencuba perkara-perkara baru. Kalau kita tidak berjaya makanya itu adalah satu proses pembelajaran dan kita akan jadi lebih pandai. Dan kalau kita berjaya, makanya janganlah dilupa untuk ucap Alhamdulillah.
Menerusi pemerhatian pihak OhBulan!, ribuan jemaah telah hadir mengimarahkan masjid dengan menunaikan solat subuh secara berjemaah, termasuk menyertai pelbagai aktiviti disediakan.
Sekadar info, program ‘Geng Subuh Macam Jumaat’ sempena permulaan 2025 diisi dengan pelbagai aktiviti seperti tazkirah, ucapan tahun baharu oleh Pengerusi Masjid Saidina Umar Al-Khatab, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar, ‘Fun Run’ dan sarapan.
Kempen ‘Geng Subuh Macam Jumaat’ yang digerakkan Alif sejak Oktober 2023 berjaya menghimpunkan ribuan jemaah di masjid pada waktu subuh.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Azizulhasni