Keberadaan warga asing di Malaysia untuk mencari rezeki bukanlah sesuatu yang baru lagi. Demi kelangsungan hidup, golongan ini dilihat sentiasa ringan tulang dalam bekerja.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Warga Asing Kirim RM4,000 Ke Kampung, RM200 Guna Untuk Keperluan Diri – ‘Saya Tak Beli Baju Atau Seluar Baru’
Artikel Berkaitan: Dah 10 Tahun Tak Berpenghuni, Pemilik Terkejut Rumah Didiami Warga Asing
Bacaan yang hebat
@yih1992 Replying to @Baharin Mohamad Aamin. #construction #malaysia #bangladesh #muslim ? original sound – Yih1992
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, sekumpulan warga asing dilihat sedang berkumpul membaca doa di sebuah tapak pembinaan sebelum mula bekerja.
Apa yang menarik perhatian netizen apabila bacaan yang diketuai oleh seorang warga asing itu dipuji merdu dengan tajwid yang tepat.
Dalam pada itu, terdapat warganet yang ingin menjemput individu terbabit untuk menjadi imam Solat Tarawih bagi bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi.
Difahamkan, individu tersebut merupakan seorang hafiz di negaranya.
‘Yang macam ini patut kita cemburu’
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan bacaan Al-quran individu yang berwarganegara luar tersebut. Selain itu, warganet turut memuji golongan ini yang sentiasa berpusu-pusu memenuhi masjid sejurus azan berkumandang.
Sumber: TikTok yih1992