berita

[VIDEO] ‘Baiyaa Beratur Jauh-Jauh Sikitlah…’

September 14th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Tangkap layar video

Hari ini, kecoh di media sosial mengenai sebuah video memaparkan orang ramai dipercayai warga asing yang sedang beratur panjang bagi mendapatan khidmat di Pejabat Pos Klang.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siap ‘Berpeluk’, Pegang Tangan Tunggu Nak Cucuk Vaksin

Video tersebut bagaimanapun, meraih pelbagai respon dalam kalangan warganet berikutan mereka dipercayai gagal untuk patuh akan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Video kejadian

Menerusi video pendek berdurasi kurang 15 saat itu, dapat dilihat warga asing beratur panjang tanpa mengamalkan penjarakan fizikal satu meter seperti mana yang telah disarankan oleh pihak kerajaan.

Bagaimanapun, kakitangan Pejabat Pos dilihat memberikan amaran kepada mereka yang hadir untuk menjaga jarak antara satu sama lain.

Berlaku di Pejabat Pos Klang pagi tadi. Kemungkinan warga asing berkenaan, tidak mengikuti SOP yang telah ditetapkan.

Namun, tiada info lanjut berhubung kejadian tersebut. Menjengah ke ruangan komen, terdapat segelintir netizen mendakwa kedatangan warga asing ke pejabat pos berkenaan adalah bagi tujuan mengambil pasport mereka.

Pada masa yang sama, netizen turut menzahirkan rasa risau jika berlakunya peningkatan kes berikutan kegagalan mereka untuk patuh akan SOP yang telah ditetapkan.

Sumber: Info Jenayah Terkini Malaysia

SKIP THIS AD ×