Menerusi sebuah rakaman video di Instagram, pelakon Reen Rahim dilihat mendapat pesanan ‘keras’ daripada suaminya agar sentiasa menjaga tingkah laku apabila berada di tempat orang.
Artikel Berkaitan: Reen Rahim Rimas Berita Fasal ‘F.L’ Asyik Keluar ‘Timeline’ – ‘Buka IG Cerita Bodoh Fasal Dia Je’
Artikel Berkaitan: ‘Persentankan Mereka Yang Kritik’ – Reen Rahim Percaya Sweet Qismina Akan Jadi Hos Hebat Satu Hari Nanti
Artikel Berkaitan: ‘Macam B*doh Gimik Masa Umum Pemenang, Pengacara Pun Macam Tak Bijak’ – Netizen
Sikap mu macam boy
Menurut Hazim Zainal, dia meminta isterinya untuk pandai menjaga diri dan tidak menunjukkan sikap garang kepada orang lain.
Jangan bawa sangat perangai Klang tu. Jaga diri, bawa-bawa bincang perangai ‘jantan’ tu, jangan nak bantai orang jer. Perangai Klang mana, perangai Klang? Bye sayang, jaga diri. Bye boy, elok-elok boy.
Video berkenaan dikongsi Hazim ketika menghantar isterinya di lapangan terbang.
Sementara itu, Reen meminta suaminya untuk bertenang dan tidak bimbangkan dirinya kerana sudah terbiasa ‘terbang’ seorang diri sebelum ini.
Rileks suami, 35 tahun kita layan hidup fly sendiri. Dia ingat kita darjah tiga ke risau sangat?
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat pasangan suami isteri ini bahkan, mereka dianggap sebagai pasangan yang comel.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Hazim Zainal