Seorang lelaki yang mendakwa dirinya pernah menjadi pembantu peribadi kepada seorang pelakon wanita terkenal mencuri perhatian apabila mendedahkan artis tersebut pernah menjalin hubungan sulit dengan suami orang.
Artikel Berkaitan: Selebriti Berstatus Janda Jalin Hubungan Dengan Suami Orang?
Sampai kena tangkap basah?
@kakicuriyt Replying to @KakicuriYT PART 2 Artis kantoi curang #podcast #untoldstory #kisahbenar #ashhrappchannel ? original sound – KakicuriYT
Lebih parah, lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Hilmi itu mendakwa artis yang digelar sebagai ‘R’ itu pernah ditangkap duduk berduaan bersama pasangannya di sebuah apartmen sehingga diserang isteri lelaki berkenaan.
Mula-mula kerja dengan dia, okay saja perangai dia tapi lama-lama dia mula tunjuk perangai ‘kekwat’ dan diva dia itu. Cuma benda itu masih saya boleh cover lagi.
Tapi ada satu masa dia buat hal yang sangat besar iaitu ada skandal dengan suami orang sampai media dapat hidu.
Ada sekali tu selepas shooting dia kata nak balik sendiri dan saya ikutkan sahaja. Namun lepas tiga jam dia telefon saya dan minta datang ke sebuah apartmen. Waktu itu, saya baru bangun tidur dan dalam keadaan mamai terus ke lokasi yang diberikan.
Bila sampai rupa-rupanya dia dah kantoi berduaan dengan suami orang dan kena serang dengan isteri pertama lelaki itu.
Hilmi kemudiannya memaklumkan dia dapat menyelesaikan perkara itu selepas berbincang dengan isteri lelaki tersebut.
Nasib baik kes ini tidak menjadi besar hingga melibatkan Jabatan Agama Islam dan sebagainya. Jadi sayalah yang ‘deal’ dengan isteri lelaki itu untuk meredakan keadaan.
Tapi walaupun dah ‘slow talk’, esoknya tahu-tahu video pasal pergaduhan mereka tular dan raih perhatian ramai.
Masih berhubung dan tak serik?
Tambah Hilmi, dia meminta agar artis itu untuk tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan sehinggalah kes melibatkannya itu selesai bagi menjaga nama baiknya sebagai seorang selebriti.
Namun apa yang menggeramkan Hilmi ialah, R difahamkan masih berhubung dan berkomunikasi dengan lelakit tersebut.
Dia ini suka ikut kepala dia saja, dan saya dapat tahu yang dia masih berhubung dengan lelaki tersebut.
Lelaki itu pula kaya dan mampu beri apa sahaja kepadanya.
Saya sampai tahap kena merayu kepada media untuk turunkan berita mengenai artis itu bagi menjaga reputasi dia yang sedang meningkat naik pada ketika itu.
Video penuh
Sumber: TikTok, YouTube