berita

Viral Video Bergaduh Di Pintu Masuk Litar Sepang, Ini Sebenarnya Yang Berlaku

November 4th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Beberapa hari lepas perlumbaaan MotoGP telah berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) selama tiga hari. Bagi peminat MotoGP sendiri tidak akan melepaskan peluang bagi memberi sokongan buat pelumba kegemaran mereka.

Namun, kemeriahan di Litar Antarabangsa Sepang bertukar menjadi kecoh apabila seorang lelaki bergaduh dengan krew pintu masuk utama dan difahamkan gara-gara tidak dibenarkan masuk disebabkan perlumbaan itu hampir tamat.

Mengamuk security tak bagi masuk?

https://www.facebook.com/sekutmasopangin/videos/3172876679407769/?__xts__[0]=68.ARDH_ui87wWu3L_efqXCX0iPrwJ9tXi4kI1xkWRlHhkHd8wsQYr3ysX7T8qAAc7Eah7cqW_QWUknRbkB4u-Hl8oFgeDYhZqbncRS5Mqo4a9FTFTEZ0HKEpGlumCR8xmej7Nmt8e7ZFpgNVl3vxBre-tdklx4OQmGuLza68GJoCCjuiFn-ZLmzkAe3QNcvNhXJCFvV2qxMTyEnnbxUlCsG6W3WH1try-qXzjqCJBne0j7VkrLDG3JP5D8lVVl2Rool9RfJp2-PrQedXSh&__tn__=-R

Video berdurasi 24 saat yang dirakam dan dimuatnaik pengguna Facebook Mohamed Akramin itu menyaksikan salah seorang peminat perlumbaan MotoGP. Difahamkan individu tersebut bertindak diluar kawalan apabila pengawal keselamatan di pintu masuk tidak membenarkan masuk walaupun perlumbaan MotoGP itu sudah hampir tamat.

Rata-rata netizen menyifatkan tindakan kedua pihak di tempat kejadian itu sesuatu yang memalukan imej Malaysia sebagai tuan rumah kejuaraan peringkat antarabangsa. Malah, netizen turut menegur cara bekerja krew di pintu masuk yang dilihat kurang profesional.

Ditegur kerana menendang pagar

Sementara itu, menerusi laporan Metro, punca kejadian dipercayai seorang lelaki warga Indonesia itu ditegur kerana menendang pagar. Mangsa bertugas di Pintu Utama Grandstand SIC sebelum suspek terbabit menendang pagar.

Mangsa yang menegur lelaki itu kemudiannya diserang dan ditendang. Dalam kejadian itu mangsa cedera di bibir. Mangsa menerima lima jahitan dan suspek terbabit ditahan. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Krew kena relax

Macam budak-budak perangai

Sumber: Mohamed Akramin

SKIP THIS AD ×