Pelakon serba boleh, Nabila Huda mendedahkan dia sanggup berhabis wang demi menjayakan watak yang diberi.
Artikel Berkaitan: Nabila Huda Terima Ugutan, Didakwa Curi Budaya Indonesia – ‘Saya Akan Culik Anak Awak’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Inilah Rahsia Ketiak Saya Putih’ – Nabila Huda
Kepuasan diri
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Nabila berkongsi momen ketika dia sedang mengenakan pakaian sebelum memulakan penggambaran.
Menurut aktres itu, dia sama sekali tidak kisah untuk menggunakan wang sendiri demi mendapatkan pakaian yang sesuai.
Masalah utama saya adalah, saya akan berbelanja untuk kelihatan bagus di dalam skrin. Untuk kepuasan sendiri demi watak dan ianya sangat berbaloi kalau kita upah orang yang betul untuk faham imaginasi kita.
Ini adalah personal wordrobe designer saya. Dialah orangnya yang custom baju Maimon untuk Telaga Suriram. Kali ini untuk watak Leha, projek terbaru saya iaitu #BanjirRaya untuk Mediacorp bulan puasa nanti. Terima kasih Shasha! You’re the best la!
Jangan salah faham, pihak produksi akan sediakan wardrobe tapi kadang-kadang untuk karakter istimewa, saya akan buat dan sediakan sendiri menggunakan wang saya. Sebab nak pastikan dari atas sampai bawah, dari styling, kasut, material kain, jenis kain batik nak kena sama seperti yang saya bayangkan.
Dalam masa yang sama, pelakon filem Munafik ini mengakui sikap cerewetnya yang menjadi sebab mengapa dia memilih untuk menyediakan pakaian sendiri.
Untuk tidak menyusahkan orang lain dengan permintaan kita yang bukan-bukan serta sikap cerewet dan jugak perfectionist untuk sesuatu rupa dan satu karakter itu, saya tak kisah pun nak keluarkan wang.
Berhabis duit pun tak apa, janji menjadi, she puas! Aku punya level cerewet tu, watak mengandung, bra pun kena beli size tripple macam orang hamil okay! Perut pun tak boleh pakai bantal petak tu! No no no okay! Kalau tak dapat apa yang nak, akan naik hantu dan tak lawak punya naik hantu. Pasti di sini ada yang berpengalaman kena marah dengan saya kan?? Sorry.
@abilsuhaimi Problem utama abil adalah, i will always spend my money to look good on screen! Untuk kepuasan sendiri demi watak and it’s totally worth it if you hired the right person yang faham apa yang kite imagine. This is my personal wardrobe designer..Dia lah orangnya yang custom baju Maimon for Telaga Suriram. Kali ni,look for Leha. My upcoming short series called #BanjirRaya for Mediacorp bulan puasa nanti..Thank you shasha!! You’re the best lahhh!! Oh you guys jangan salah faham,every production ada sediakan wardrobe, tapi kadang-kadang untuk special character, abil akan create and custom using my own money sebab nak pasti kan head to toe dari styling, kasut dia,material kain, jenis kain batik nak kena sama seperti yang i bayangkan. Untuk tidak menyusahkan orang lain dengan permintaan kite yang bukan-bukan serta sikap fussy dan jugak perfectionist when it comes to rupa satu character tu, I wouldn’t mind to spend..Berhabis duit pun takpe, janji menjadikkk, she puas! Aku punya level fussy tu, watak pregnant, bra pun kena beli size tripple macam orang preggy ok! Perut also cannot pakai bantal2 petak tu! No no no ok!Kalau she tak dapat apa she nak, she naik hantu and no jokes punya naik hantu..Pasti disini ada yang berpengalaman kena marah dengan saya kan?? Sowieee?? #Fyp
Sumber: TikTok Nabila Huda