Pelakon, Puteri Sarah sejak kebelakangan ini dilihat sering melayan pengikutnya ketika bersiaran langsung di media sosial.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ira Kazar Nafi Ganggu Puteri Sarah – ‘Dekat Mana Aku Buat Akaun Palsu?’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bukan Setakat Handal Di Dapur, Ira Kazar Tunjuk Skil Petik Gitar Sambil Menyanyi Lagu ‘Best Part’
Masak jadi perkara biasa
Menerusi siaran langsung di TikTok, Puteri Sarah menjawab soalan daripada salah seorang pengikutnya yang bertanya adakah aktres itu tidak menyediakan juadah masakan.
Tak masak ke?
Setiap hari saya masak, takkan saya nak tunjuk. Saya kahwin dari 2014. Dari 2014, 2015, 2016, 2017, saya memang tunjuk saya masak tapi bila masuk 2019 tu saya rasa tak payah tunjuklah sebab dah ada anak.
Tapi 2019, saya mula tunjuk memasak makanan bayi. Apa yang saya masak untuk Syaikhul dengan Sumayyah.
Dalam pada itu, pemilik nama sebenar Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata dia kini jarang berkongsi resipi masakan kerana sibuk dengan komitmen menguruskan anak-anak.
Bila kita baru-baru kahwin macam saya dulu saya memang suka tunjuk memasak, saya masak air pun saya tunjuk juga. Tapi sekarang saya tak tunjuk la sebab bila kita jadi mak masak tu jadi perkara yang biasa, memang hari-hari buat.
Macam hari ini, saya masak laksa tapi tak adalah saya nak tunjuk. Saya masak laksa untuk keluarga saya. Tapi penat la setiap hari saya masak saya nak tunjuk.
Terdahulu, Syamsul membuat pengumuman mengejutkan di Instagram apabila mengakui sudah berkahwin dengan Ira Kazar pada 6 Januari lalu, di Thailand.
Sekadar info, Syamsul pernah mendirikan rumah tangga bersama Puteri Sarah pada 8 Mac 2014 namun pasangan itu bercerai talak satu pada 14 Jun lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
@norainibasre #CapCut #binafshasweet #puterisarahliyana #norainibasreshop #norainibasre #andiarsyil #artismalaysia #tiktokindonesia #berryfull #detox
Sumber: TikTok