berita

[VIDEO] Ira Kazar Nafi Ganggu Puteri Sarah – ‘Dekat Mana Aku Buat Akaun Palsu?’

October 3rd, 2023 | by Alia
Kini Trending

ira fake account

Isteri kepada pelakon sensasi, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar menepis dakwaan bahawa dia memiliki akaun palsu dengan tujuan untuk mengganggu bekas madunya, Puteri Sarah.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ira Kazar Reda Terima Kifarah? – ‘Bersyukur Dengan Apa Allah Beri’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Tertarik Dengar Kelembutan ‘Voice Over’ Ira Kazar – ‘Patutlah Suami Terpikat’

Hanya ada satu telefon

ira fake account

Menerusi siaran langsung di TikTok bersama isteri kepada pelakon Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz, terdapat individu yang tampil menyoal tentang akaun palsu milik Ira.

Ira tau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin kemudian menafikan dakwaan tersebut dengan meminta Nilam untuk memeriksa telefon bimbitnya.

Sebab aku tahu Sarah ni orangnya baik..Ira pun orang baik. Cuma nak buat macam mana kan.

Kak cuba kau tengok kak, kau pantau sikit telefon aku kak. Dekat mana aku buat akaun palsu tu?

Sementara itu, Nilam juga menjelaskan bahawa anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi itu hanya memiliki sebuah telefon bimbit sahaja.

Aku pegang telefon dia..dia ada satu telefon sahaja.

Terdahulu, Syamsul membuat pengumuman mengejutkan di Instagram apabila mengakui sudah berkahwin dengan Ira pada 6 Januari lalu, di Thailand.

Sekadar info, Syamsul pernah berkahwin dengan aktres Puteri Sarah Liyana pada 8 Mac 2014 namun pasangan ini bercerai talak satu pada 14 Jun lalu.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

@fathfariha

Replying to @ms_iz

? Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×