Usahawan dan isteri kepada pelawak Shuib, iaitu Watie Hanifiah mendedahkan dia memiliki beberapa sikap yang sama dengan Allahyarham Siti Sarah.
Justeru itu, dia amat disenangi oleh anak-anak tirinya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Watie Imbas Momen Pertama Kali Dating, Shuib Siap ‘Booking’ Satu Pawagam – ‘Dia Kelakar & Wangi Gila!’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Puji Watie Hanifiah Tak Kekok Tukar Lampin Ayash – ‘Ibu Segera Anugerah Allah Paling Mulia’
‘Sama macam ibu’
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah berkata salah seorang daripada anak tirinya iaitu Ariq Matin suka tidur bersama kerana teringat akan pelukan arwah Siti Sarah.
Anak-anak pernah cakap bab pelukan. Daddy dia tanya, ‘kenapa Matin suka tidur dengan mummy?’
Mateen cakap, ‘bila Matin peluk mummy rasa macam Matin peluk ibu.
Dalam masa yang sama, mereka berkata sikap Watie yang mengambil berat tentang pemakanan sihat juga sama seperti arwah Siti Sarah yang selalu mengawal dan jarang membenarkan mereka makan makanan kurang berzat.
Anak-anak berkata, ‘kami masa ada ibu, kami rasa sama macam bila mummy ada sebab masa ada ibu kami tak boleh minum air gas..dan banyak benda kena ‘control’.
Bila arwah ibu mereka tiada, semua benda boleh makan..mi segera, air gas tapi bila dah ada saya mereka jadi sama macam ketika ada ibu mereka.
Saya kena ‘control’, air gas tak boleh, jajan jangan makan banyak sangat, air manis kena kurangkan, mi segera.. semua itu saya akan bagi sebulan sekali sahaja.
Jadi itulah persamaan yang dikatakan oleh anak-anak.
Sekadar info, Shuib mendirikan rumah tangga bersama Watie pada 23 Jun 2023 lalu di Putra Glass Heights.
Terdahulu, Shuib pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011 dan mereka dikurniakan empat cahaya mata. Namun Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 kerana jangkitan Covid-19.
@cubremi Terubat rindu anak-anak dekat arwah ibu
Sumber: TikTok