berita

[VIDEO] Netizen Puji Watie Hanifiah Tak Kekok Tukar Lampin Ayash – ‘Ibu Segera Anugerah Allah Paling Mulia’

August 3rd, 2023 | by Alia
Kini Trending

Netizen Suka Watie

Warganet dilihat sudah mula menerima usahawan, Watie Hanifiah sebagai isteri baharu kepada pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Samakan Suara Watie & Siti Sarah – ‘Terubat Rindu Shuib Dekat Arwah’

Artikel Berkaitan: Shuib Komen Gambar Watie Siap Bagi Emoji Hati, ‘Yang Ini Tak Boleh Swipe, Kena Like’

Ganti lampin

Netizen Suka Watie

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, memaparkan Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah bersama anak-anak sedondon memakai baju berwarna kuning ketika berada di salah sebuah cawangan Bubble Bee.

Paling menarik perhatian adalah tindakan usahawan berusia 35 tahun itu yang dilihat tanpa rasa kekok menggantikan lampin anak bongsu Shuib iaitu Ayash Affan yang berusia hampir dua tahun.

Dalam pada itu, anak perempuan tunggal Shuib, Dzahira Talita juga membantu Watie menguruskan adiknya.

Netizen mula suka Watie

Netizen Suka Watie

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap Watie yang dilihat ikhlas menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu. Malah mereka juga berkata Shuib bertuah kerana memilih orang yang tepat sebagai isterinya.

Sementara itu, pengikut juga menyatakan bahawa mereka sudah mula suka dengan perwatakan Watie dan mendoakan hubungan pasangan itu hingga ke akhir hayat.

Untuk info, Watie dan Shuib berkahwin pada 23 Jun lalu di Putra Glass House, Putra Heights.

Terdahulu, Shuib pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011 dan mereka dikurniakan empat cahaya mata. Namun Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 kerana jangkitan Covid-19.

@acctislr9ry

Isteri idaman #watiehanifiah #shuibsepahtu #shuibwatie #fyp? #foryou #fyp??viral #tiktokmalaysia

? original sound – Shuib & Watie – Shuib & Watie

Sumber: Instagram Shuib

SKIP THIS AD ×