Penyampai radio Fizi Ali tiba di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam kira-kira jam 11 pagi bagi kes tuntutan hak hadanah terhadap anaknya, Ameena Sofia.
Artikel Berkaitan: Fizi Ali Mengamuk Dengan Shakilla Khoriri, Dakwa Sudah Ada Teman Lelaki Sejak Sebelum Bercerai? – ‘Acah Suci Hidup Sorang’
Artikel Berkaitan: Shakilla Khoriri Sedih Anak Terkena Tempias Konflik Dengan Fizi Ali – ‘Kalau Ada Penyerang Hendap Buru, Umi Depan Awak’
Dapat hak ibu dan bapa
Menurut Fizi, tujuan dia memfailkan hadanah bukan untuk berebut anak, sebaliknya mengiginkan Ameena mendapat kasih sayang yang sempurna daripadanya dan bekas isteri iaitu pelakon Shakilla Khoriri.
Hari ini saya datang kes sebutan hadanah anak saya. Permohonan saya telah buat bulan lalu. Saya akan dengar nanti apa yang berlaku di dalam.
Mungkin bila bincang berdua tak dapat jalan penyelesaian, jadi ini adalah jalan terbaik. Harapan saya Ameena dapat hak yang sepatutnya. Dapat hak ibunya dan dapat hak bapa.
Sementara itu, Shakilla yang turut hadir dilihat bergegas naik ke bilik perbicaraan.
@ohbulanofficial Semoga hak keadilan dapat kepada anak mereka, Ameena Sofia ?#ohbulan #fyp #news #keshadanah #fiziali #syakillakhoriri ? original sound – OHBULAN!
Sebelum ini, Fizi menerusi hantaran di Instagram meluahkan rasa terkilan kerana tidak dapat berjumpa anak tunggalnya ketika hari graduasi.
Dia kemudian mendakwa Shakilla telah menyekat nombor telefonnya dan tidak boleh dihubungi.
Susulan itu, Fizi terpaksa membawa tuntutan hak penjagaan anak ke mahkamah.
Imbas kembali, Fizi pernah mendirikan rumah tangga dengan Shakilla pada 18 Februari 2018, namun bercerai dua tahun kemudian.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ameena Sofia, 5.
Kemudian, Fizi mengumumkan sudah menamatkan zaman duda dengan ibu tunggal anak satu yang juga ahli perniagaan, Siti Zulaikha pada 23 Oktober lalu.