berita

[VIDEO] Black Hanifah Dedah 3 Tahun ‘Struggle’ Untuk Beli Kapal Layar, Netizen Pula Ungkit Isu PKP Dulu

June 2nd, 2023 | by Alia
Kini Trending

Penyanyi, Black Hanifah berkongsi tentang kapal layar yang dibelinya hasil daripada kerja kerasnya selama ini.

Artikel Berkaitan: Didakwa Beli Kapal Mewah Hasil ‘Cuci Duit’, Black Hanifah Kena Serangan Anxiety

Artikel Berkaitan: ‘Jangan Nak Cakap Saya Nak Menunjuk Pulak’ – Black Halalkan Sewa Rumah Bulan April

Tiga tahun kumpul duit

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok, Black atau nama sebenarnya Hanifah Muhamad Hanafiah menceritakan bagaimana dia bersusah payah sebelum membeli kapal layar itu.

Masa saya mula-mula jadi penyanyi dulu, mungkin saya hanya mengharapkan duit saya daripada persembahan, kerjaya saya sebagai seorang penyanyi. Saya hanya harapkan duit itu.

Saya dah mula belajar disebabkan Covid-19, banyak benda yang saya belajar. Kita kena pelbagaikan, kita kena usaha dan gandakan duit yang ada dan juga perniagaan yang ada, ‘multipurpose’ kita punya pendapatan.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 35 tahun itu turut menafikan dakwaan yang mengatakan bahawa kapal yang dibelinya adalah sebuah kapal mewah yang besar. Black juga mendedahkan bahawa dia mengumpul duit selama tiga tahun untuk membeli kapal layar tersebut.

Jadi inilah dia kapal layar yang digembar gemburkan itu, yang mereka tunjuk bukan main la besar gila, tapi tidaklah sebesar itu. Kapal ini jenis Midnight Lace 52..mereka cakap ‘Black cuci duit, beli kapal layar besar, patutnya pergi tolong orang miskin la daripada beli itu’.. sebenarnya bukanlah sebesar itu.

Macam yang saya cakap, insya-Allah mampu milik sebenarnya. Benda ini kalau kita usaha, kita simpan..boleh. Cuma masa, sama ada cepat ataupun lambat. Lebih kurang tiga tahun lebih baru saya dapat beli kapal ini.

Netizen Teringat PKP?

Menjengah ke ruangan komen, warganet memberikan pelbagai reaksi antaranya ada yang mengungkit kembali kenyataan pelantun lagu Sofea Jane itu tentang bantuan kerajaan yang perlu diberikan kepada para artis ketika Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dahulu.

Bagaimanapun Black telah memberi penjelasan berhubung isu berkenaan dengan mengatakan bahawa kenyataannya telah disalah tafsir oleh warganet dan dia bertindak menyuarakan tentang bantuan tersebut adalah untuk kebaikan semua penggiat seni.

Terdahulu, tular di media sosial sebuah video yang mendakwa penyanyi itu memiliki sebuah kapal mewah di Pulau Langkawi. Dakwaan tersebut turut mempersoalkan kemampuan Black untuk membeli aset itu sehingga tercetus spekulasi dia terlibat dengan sindiket pengubahan wang haram.

@hanifahblack

Mencuba la juga untuk menjawab soalan di socmed. Rasa kelakar sebab masih ramai yang beranggapan dengan menabung & menyimpan boleh menjamin kesenangan. Tiada seorang pun orang yang berjaya kerana MENYIMPAN. Dari dulu saya berkecimpung dalam industri muzik tanah air niat saya jelas, nak cari modal. Dengan modal, duit bekerja untuk saya. Bukan sebaliknya. TEKAN LINK DI BIO Black. Banyak lagi yang Black nak kongsikan pada semua tentang kehidupan, kewangan & yang paling penting cara Black enjoy life ! #nyawablack #blackhanifah #blackpirlo #nivalel #nimemangviral #padupadu #hitampunsedap #pumamy #pumamalaysia #pumafriends #fyp

? original sound – Hanifah Black – Hanifah Black

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×