Pernikahan kedua pempengaruh, Alif Teega yang diumumkan semalam telah mendapat reaksi daripada pelbagai pihak.
Terbaharu, perkara tersebut juga mencuri perhatian penyanyi rap dan selebriti media sosial popular, Caprice.
Artikel Berkaitan: Caprice Bantu Bayar Denda Jurutera Conteng Dinding Kedutaan AS -‘Settle, Awak Memang Berani’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Perli Alif Teega Titip Ucapan ‘Anniversary’ Ke-6 Buat Aisyah Tapi Kahwin Lain – ‘Rare! Hadiah Ulang Tahun Bagi Madu..Teganya’
Cari tempat ‘selamat’
Menerusi hantaran di Instagram, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli dilihat mahu mengulas tentang isu perkahwinan kedua personaliti media sosial tersebut berikutan mendapat banyak permintaan daripada pengikutnya.
Ramai yang mesej saya dan minta saya bincangkan tentang ini (Alif Teega nikah dua).
Bagaimanapun, setelah dia melihat kelibat isteri iaitu Farra Inalis di belakangnya, Caprice terus bangun dan mencari tempat yang lebih ‘selamat’.
Kita cari lokasi yang lebih baik..ini adalah topik yang sensitif.
Penyanyi rap berusia 33 tahun ini kemudian bertindak menyorok di dalam almari namun belum sempat dia mengulas isu tersebut tiba-tiba isterinya datang membuka pintu dan memulas telinganya.
Okay dengar sini, kadang kala anda perlu pertimbangkan..
Teruskan..cakap apa tadi tu?
Awak ada nampak tak kain pelikat saya warna coklat?
Galak awak ni! Kenapa nak cari dalam bilik adik pula?
Ni bilik adik? Allah.
Terdahulu, Alif dan isteri pertamanya Aisyah Hijanah memaklumkan tentang pernikahan kedua tersebut yang bertujuan untuk menghentikan semua spekulasi dan fitnah terhadap diri mereka dan keluarga.
View this post on Instagram
Sumber: Instagram Caprice