Penyanyi rap, Cat Farish menafikan dakwaan yang mengatakan dia berhutang dengan bekas isterinya berjumlah RM 10,000.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Emma Doakan Perkahwinan Ketiga Shikin Maembong & Cat Farish Jadi Terakhir
Artikel Berkaitan: Muat Naik Foto Berbusana Pengantin Di IG, Cat Farish & Shikin Maembong Sedang Meniti Hari Bahagia
Duit kenduri
Menurut Cat atau nama sebenarnya Farish Ramli, 48, dia tidak mempunyai hutang dengan mana-mana pihak dan wang yang dimaksudkan itu merupakan duit kenduri kahwin bersama bekas isteri yang telah pun diselesaikan.
Jelas Cat, sekiranya ada isu yang timbul dia terbuka untuk berjumpa dan berbincang.
Sebenarnya kejadian ni tak perlu nak disebut pun, bila bercerai ada satu tuntutan yang boleh dibuat dan dibincangkan masa perbicaraan tapi keadaan itu tidak berlaku.
Saya tak pernah berhutang dengan orang, duit tu adalah duit kenduri dan bagi saya dah selesai semua benda. Benda boleh bincang, WhatsApp terakhir daripada dia pun mengenai motor dan tak ada mesej pun fasal hutang.
Motor pun dipulangkan dalam mesej yang cantik dan baru. Saya tak terasa apa pun tentang kenyataan itu.
Cat berkongsi mengenai perkara itu menerusi satu temu bual bersama Melodi, baru-baru ini.
Dalam masa sama, anggota kumpulan Ruffedge itu akui terkejut apabila timbul spekulasi melibatkan bekas isterinya.
Saya tak rasa pun statement yang dikeluarkan ditujukan kepada saya, yang saya tahu tiba-tiba orang tanya saya dan kaitkan nama saya.
Saya terkejut bila nama saya terkait berhutang dengan bekas isteri. Boleh saja WhatsApp tak perlu nak berangin, tak habis-habis nak meributkan keadaan.
Untuk rekod, Cat sebelum ini berkahwin dengan Suriani Hassan, 37, pada November 2020 namun sah bercerai pada Januari lalu. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Cat kemudian berkahwin sekali lagi dengan Hartiny Ramli dan disahkan bercerai pada April 2016. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga anak iaitu Nia Karlyssa, 15, Eva Latheefa, 13, dan Qul Iskandar, 12.
Dalam pada itu, Cat bakal mendirikan rumah tangga dengan usahawan Shikin Maembong pada 13 Julai ini dalam sebuah majlis akad nikah yang diadakan di sekitar ibu kota.
Video
@melodiberapi Lagi beberapa hari nak berkahwin nama penyanyi ini dikatakan berhutang?? Dengrkan jawapan Cat Farish. #meloditv3 #ceritaartismalaysia #catfarish #fyp??viral ? original sound – Melodi
Sumber: TikTok