Baru-baru ini, tular satu video di Instagram memaparkan seorang wanita yang cuba untuk membuka pintu Mass Rapid Transit (MRT) sewaktu tren berkenaan sedang bergerak.
Artikel Berkaitan: Cuba Tikam & Samun Pemandu E-Hailing, Remaja Berkopiah Mengaku Tak Bersalah
Disiasat pihak polis
Menerusi video tersebut, kedengaran beberapa penumpang yang lain menjerit dan melarang wanita berkenaan daripada bertindak sedemikian.
Lebih mendebarkan, dapat dilihat pintu MRT tersebut sempat terbuka sedikit sewaktu wanita berkenaan melakukan perbuatan merbahaya itu sebelum dihalang oleh seorang lelaki.
Sementara itu, presiden Mass Rapid Transit Singapura (SMRT) iaitu Lam Sheau Kai menjelaskan bahawa kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada 29 November lalu.
Sedar akan kejadian itu, kakitangan SMRT lantas memasuki tren untuk melakukan siasatan dan meminta wanita berkenaan untuk meninggalkan tren tersebut.
Namun, wanita itu menolak permintaan kakikatangan SMRT sebelum bertindak agresif.
Tindakan ini membahayakan keselamatan penumpang serta orang lain di dalam kereta api.
Kini, pihak polis Singapura sedang menjalankan siasatan terhadap wanita berkenaan sebelum melakukan tindakan yang seterusnya.
Video tular
View this post on Instagram