Di Tiktok, sambutan hari jadi seorang kanak-kanak yang dirancang dengan meriah bertukar menjadi hari yang menyedihkan buatnya apabila hanya dua tetamu orang sahaja hadir, daripada 30 yang diundang ke sambutan itu.
Artikel Berkaitan: Wajah Shah Rukh Khan Terpampang Di Burj Khalifa Sempena Ulang Tahun Kelahiran Ke-57
Artikel Berkaitan: Tya Ariffin Dapat Hadiah Tesla Daripada Suami Sempena Birthday & Ulang Tahun Perkahwinan
Menerusi satu video yang dikongsikan oleh wanita di akaun TikTok @livewithbabyaxelito2, acara memotong kek bertukar ‘sendu’ akibat ketidakhadiran tetamu.
Bayangkan umur lapan tahun dan menjemput seluruh kelas hanya untuk mereka tidak muncul.
Dalam pada itu, wanita terbabit turut berkongsi beberapa keping foto anak lelakinya yang sedang menunggu kemunculan rakan sekelasnya hadir ke pesta ulang tahun yang dirancang itu. Malah, anak lelakinya itu juga memperlihatkan wajah sedih sambil melihat sekeliling dengan kegusaran.
Saya akan tidur sebentar supaya masa berjalan lebih cepat dan rakan-rakan saya muncul.
Saya membeli banyak tiket tapi tiada orang yang datang. Sudah pukul 5 petang dan tiada sesiapa. Hanya dua daripada 30 kanak-kanak yang datang.
Akhirnya, pasangan suami isteri berkenaan mengagihkan ‘candy doorgift’ yang berlebihan itu kepada semua kanak-kanak yang ada di sekeliling kawasan pesta itu kerana tiada tetamu lain yang muncul.
Video
@lifewithbabyaxelito2 ? Only Love Can Hurt Like This (Slowed Down Version) – Paloma Faith
Sumber: Tiktok