berita

[VIDEO] ‘Dah Macam Dalam Movie..’ – Bekas Kekasih Datang Majlis Kahwin Naik Helikopter

August 5th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Tangkap layar video

Pendaratan sebuah helikopter di sebuah kawasan lapang, secara tiba-tiba mengejutkan para tetamu yang hadir ke sebuah majlis kenduri.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bagai Bulan Jatuh Ke Riba, Lelaki ‘Syok’ Dapat Kahwin Dua Gadis Dalam Satu Majlis

Artikel Berkaitan: Pengantin Lelaki Buat ‘Gila’, Lafaz Talak Selepas Beberapa Saat Nikahi Isteri

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tak Pernah Beri Nafkah Sejak Kahwin & Paksa Gugurkan Kandungan, Wanita Hamil 7 Bulan Rela Bercerai

Helikopter tiba-tiba mendarat

Menerusi video pendek dikongsi Makassar Info di laman Instagram, memaparkan sebuah helikopter yang cuba mendarat di sebuah padang bersebelahan dengan rumah kenduri. Pemilik video itu bagaimanapun, mendakwa individu yang menaiki helikopter tersebut merupakan bekas kekasih kepada pengantin yang datang bagi memenuhi jemputan.

Mantan datang ke kondangan naik heli. (Bekas kekasih datang majlis naik helikopter).

Pada mulanya, tetamu yang hadir sama sekali tidak menyedari akan kehadiran helikopter tersebut sebelum angin bertiup kencang. Namun, tiada info lanjut berhubung kejadian itu sama ada individu yang menaiki helikopter tersebut merupakan bekas kekasih kepada pengantin atau pun sebaliknya.

Dah macam drama!

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat lebih 52k tanda suka dan pelbagai komen daripada netizen. Ujar netizen, situasi yang berlaku seolah-olah seperti cerita Penthouse dan ada juga yang mendakwa bekas kekasihnya datang untuk membalas dendam semasa hari bahagianya sebagai pengantin.

Sumber: Viral & Makassar Info

SKIP THIS AD ×