Tidak dinafikan, cara didikan Hanis Zalikha terhadap dua anaknya sentiasa menjadi perhatian ramai. Ramai memuji cara beliau yang bijak mengawal serta mengajar anaknya dengan cara berhemah.
Terbaru, satu video pendek dimuat naik di laman Instagram theyusufiskandar telah mendapat perhatian netizen. Rata-ratanya meluahkan rasa terkejut dan gembira melihat Yusuf sudah mula pandai membaca Iqra’.
Mula-mula tak tunjuk minat
Menurut Hanis, pada awalnya Yusuf tidak menunjukkan sebarang minat untuk membaca Iqra’ atau abjad jawi sebelum ini.
Namun katanya, Yusuf mula memberi perhatian kepada abjad jawi apabila sering menemani bapanya mengaji al-Quran.
Kita tak paksa
https://www.instagram.com/p/B1bVIPvnF7s/?utm_source=ig_web_button_share_sheet
Netizen puji, seronok tengok Yusuf mengaji
Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengikut setia Yusuf di mana kebanyakannya memuji cara didikan pasangan itu.
Malah, telatah Yusuf mengaji dengan nada suara yang tinggi juga menghiburkan hati netizen yang menonton video itu.
Sumber: Instagram theyusufiskandar