Nama pelakon Shakilla Khoriri menjadi bualan hangat di media sosial selepas didakwa menjalinkan hubungan cinta dengan suami orang. Enggan terus timbul fitnah, Shakilla tampil menjawab beberapa tuduhan yang dilemparkan.
Kemudian, ibu kepada seorang cahaya mata itu memohon agar orang ramai yang tidak tahu menahu mengenai isu tersebut untuk tidak memanjangkan atau menyebar cerita tanpa kepastian.
Artikel Berkaitan: Shakilla Khoriri Nafi ‘Mandrem’ Suami Orang – ‘Ingat Aku Jahil Sangat, Tak Ada Agama’
Artikel Berkaitan: ‘Urusan Shakilla Tak Ada Kena Mengena Dengan Saya’
Penat menjaga aib
Menerusi hantaran di Instagram (IG), ibu kepada seorang cahaya mata memohon maaf mengenai video temu bualnya bersama Melodi yang berkemungkinan memanjangkan lagi kontroversi itu.
Jelas pemilik nama Nurul Shakilla Mohd Khoriri, dia sudah penat melayan isu yang telah berlaku hampir tiga tahun namun dibangkitkan semula oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
Saya dah penat dengan isu yang sama hampir tiga tahun dah pun. Penat untuk menjaga aib bersama dengan orang-orang yang berkaitan yang hanya membaling batu sembunyi tangan. Saya terpaksa clearkan benda lama ni disebabkan saya adalah Shakilla Khoriri. Aku faham.
Selain itu, aktres berumur 34 tahun berkata dia menanti permohonan maaf daripada individu yang terlibat. Tegas Shakilla, tuduhan yang dilemparkan itu bukan sahaja mencalarkan namanya malah keluarga turut terpalit.
Dalam pada itu, Shakilla turut memohon maaf kepada semua orang atas kesilapan yang dilakukan. Harapnya, agar pengakuan ini menjadi titik noktah dari terus bercakap buruk mengenai dirinya selain ingin menjaga aib.
Cukuplah eh. Saya minta maaf dan minta ampun pada semua. Harap semua orang boleh letak ‘fullstop’ dari terus bercakap pasal baik buruk aku yang korang tak tahu.
Kita jaga diri sendiri. Dan bantu aku juga untuk jaga aib dan tak keruhkan lagi keadaan lebih ramai yang terlibat.
Sebelum ini, tersebar beberapa keping gambar Shakilla bersama seorang lelaki yang didakwa seorang ahli perniagaan dan sudah berkahwin.
Terdahulu, Shakilla pernah mendirikan rumah tangga bersama penyampai radio, Fizi Ali pada 18 Februari 2028, namun berpisah pada Disember 2021.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ameena Sofia yang kini berusia empat tahun.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Shakilla Khoriri