Penyanyi MK K-Clique tampil membuat permohonan maaf susulan video dia dan isteri, Siti Hajaar tidak memakai tali pinggang keledar ketika menaiki kereta pada Jumaat.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Gara-Gara Tak Pakai Tali Pinggang Keledar, MK & Siti Haajar Dikecam Netizen
Artikel Berkaitan: Siti Hajaar Titip Ucapan Birthday Untuk MK, Netizen Usik – ‘Ambil Lah Bumi Ni, Kami Tinggal Di Bulan’
Mengaku salah
View this post on Instagram
Menerusi hantaran di Instagram (IG), MK mengakui kekhilafannya memuat naik video yang tidak memberi contoh baik kepada orang ramai.
MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan berharap agar kesilapannya itu dijadikan pengajaran agar mengutamakan keselamatan.
Saya minta maaf kerana beri contoh yang tidak baik dan tidak bertanggungjawab. Itu adalah tanggungjawab dan kesalahan saya.
Harap ia boleh beri kesedaran kepada semua pihak untuk mengutamakan keselamatan. Kita harus lebih peka.
Dalam pada itu, aktor berumur 27 tahun ini berjanji tidak akan mengulangi kesilapan sama lagi.
Semoga video saya itu beri pengajaran dan tidak akan diulangi lagi. Semoga kita lebih berhati-hati dan ingat orang tersayang.
Di ruangan komen, Siti Hajaar turut meninggalkan emoji minta maaf beserta ‘love’ berwarna putih.
Terdahulu, MK memuat naik video romantik mengusik isterinya yang sedang memandu kereta di atas jalan raya.
Namun, apa yang menjadi perhatian netizen adalah kedua-duanya dilihat tidak memakai ‘seatbelt’ ketika berada dalam kenderaan yang sedang bergerak.
Sumber: Instagram