berita

[VIDEO] ‘Dah Terduduk Baru Teringat’ – Naqiu Boboy Imbas Zaman Kejatuhan 12 Tahun Lalu

November 29th, 2019 | by Amat Larbsib
Kini Trending

Nama Naqiu Boboy kembali menjadi sebutan dalam kalangan peminat dan rakan artis setelah membuat ‘comeback’ menyertai sebuah rancangan realiti. Ramai juga yang tertanya-tanya dimana dan kenapa penyanyi ini menghilang sejak 12 tahun yang lalu?

Terbaru, menerusi wawancara santai DJ Nazz bersama Naqiu berkongsi kisah kejatuhan dan kebangkitan penyanyi lelaki ini dalam industri hiburan yang mungkin ramai tidak tahu.

Dah terduduk baru teringat

Dalam wawancara santai yang berdurasi 15:39 minit ini menyaksikan Naqiu mendedahkan kekesalannya pernah jatuh dalam industri muzik. Dia turut menyalahi kesilapan yang pernah dilakukannya ketika baru berjinak di dalam industri muzik tempatan.

Saya bekerja dengan orang profesional, bang. Umur saya 15 tahun dah bekerja dengan Abang Ujang, arwah Aub dan Abang Stone Amuk. Jadi, semua nama besar tapi saya tak ambil pun apa input yang berguna masa itu. Saya cuma datang, orang suruh record saya record tapi saya tak terfikir pun untuk kenapa saya kena buat macam ni, macam mana buat bunyi macam tu.

Kalau betul saya nak bertahan dalam bidang ini sepatutnya saya dah kena belajar daripada usia 15 tahun yang lalu. Masa saya umur 15 tahun tu.

Saya umur 15, dan saya ada segala-galanya. Saya ada kemewahan, saya ada duit. Duit saya dalam poket paling kurang satu hari RM10,000. Betullah kata orang, ada kawan yang boleh bagi kita kebaikan dan ada kawan yang boleh menjatuhkan kita.

Erra Fazira lepaskan saya ke NSR

Selain itu, Naqiu turut berkongsi pengalaman manis ketika dilamar pelakon Erra Fazira untuk menjadi artis pertama di bawah naungan syarikat Erra Fazira Entertainment.

Dia datang Johor jumpa untuk tanda tangan dan mak saya setuju untuk saya pergi ke KL. Abang saya kerja dengan Erra ketika itu dan abang saya suruh saya rakam kaset dan bagi ke dia. Masa itu saya nyanyi lagu Exist, Masih Terserlah Ayumu.

NSR berbincang dengan Erra Fazira untuk tubuhkan band, Erra lepaskan saya ke NSR untuk buat band tu. Jadilah band Boboy sampai sekarang.

Saya pernah dihina senior industri

Naqiu turut berkongsi kehidupannya selepas membuat keputusan untuk keluar dari industri dan sertai peluang pekerjaan di kelab.

Kebanyakan pembelajaran saya adalah dari kelab. Ketika itu bayaran hanya RM100 sehari. Sebenarnya niat saya masuk GV adalah bukan semata-mata buat comeback je. Saya nak tunjukkan sebab dulu saya pernah dihina. Saya pernah dihina senior-senior di dalam industri.

Macam saya pernah masuk studio, diaorang tak bagi cakap. Kau tak layak campur dengan kita orang. Jadi, saya nak buktikan saya layak disitu. Bukan nak berlagak tapi untuk saya tunjukkan yang saya masuk sekarang ini bukan kosong.

Sumber: Gegar