Pendakwah selebriti Da’i Syed mendedahkan dia tidak menerima sebarang tawaran pekerjaan sepanjang kesnya sedang berjalan di Mahkamah Tinggi.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Tidak Mahu Anak Membesar Nanti Dalam Keadaan Trauma’ – Da’i Syed
Artikel Berkaitan: Hana Ismail Titip Doa Sempena Ulang Tahun Kelahiran Da’i Syed – ‘Semoga Allah Angkat Musibah & Permudahkan Urusan Kita’
Tak dapat tawaran kerja
Menerusi temu bual bersama OhBulan!, Syed atau nama sebenarnya Syed Syah Iqmal Syed Mohd Shaiful berkata, dia dan isteri sedang merancang untuk memulakan kembali perniagaan menjual gelang perhiasan wanita dari Mesir.
Setakat ini memang tak ada job. Tapi Insya-Allah kalau Allah takdirkan ada rezeki, adalah.
Saya dalam perancangan bersama isteri untuk mulakan semula perniagaan jual gelang perhiasan wanita dari Mesir. Insya-Allah saya akan mula buat sesi live di TikTok. Anda semua boleh sokong dan beli barang perhiasan saya.
Syed yang ditemui di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor, pagi tadi, meluahkan rasa syukur atas sokongan berterusan daripada ahli keluarga.
Penerimaan keluarga okey. Saya baru balik dari kampung. Mereka semua beri sokongan dan mendoakan saya.
Dah lali komen negatif
@ohbulanofficial Replying to @Roshaliza Abu Hassan Mengenai kes mahkamah yang berlangsung sebentar tadi, peguamnya Amin Othman memaklumkan ia hanyalah berkaitan pengurusan kes iaitu menfailkan petisyen rayuan. #ohbulan #fyp #news #daisyed #mahkamah #kes #rayuan ? original sound – OHBULAN!
Disoal mengenai penerimaan terhadap komen negatif daripada netizen, suami kepada Hana Ismail ini hanya menjawab dia sudah terbiasa menerima kecaman.
Nak tak nak, kena baca tapi tak simpan (dalam hati). Saya hanya baca sahaja. Bukan sahaja hari ini saya dikecam. Lama sudah dikecam. Tak ada apa-apa. Saya cuma rasa sedih.
Untuk rekod, Syed mendirikan rumah tangga dengan Hana pada 3 Disember 2022. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang lahir pada 14 Ogos lalu.