Pengacara terkenal, Dayah Bakar membuat kejutan buat suaminya apabila mengumumkan dirinya sedang hamil anak kedua mereka.
Artikel Berkaitan: Hantar Anak Usia 2 Tahun Masuk ‘Playschool’, Dayah Bakar Minta Ibu Bapa Kongsi Pengalaman – ‘Hati Sungguh Rapuh Waktu Hantar Dia’
Main teka ejaan
@dayahbakar Bismillahirahmannirrahim …. August is a special month for me and Fahri .Dengan rasa rendah diri, dan dengan izin Allah , Fahri will soon jadi baby abang. In my 2nd trimester now ?alhamdulillah? Pohon doakan kesihatan dan keselamatan both Ibu and baby, dan kemudahan bersalin kelak, and this means the world to us, more than anything else. Terima kasih buat semua yang selalu memandang saya dengan kasih, dan mendoakan saya di sepanjang perjalanan, walau mungkin kita tidak pernah bersua. Saya mendoakan untuk kalian yang menantikan zuriat, bakal dikurniakan rezeki di waktu yang paling tepat oleh Allah. Insha Allah ? Salam sayang, DB ( 1st August ‘23) #MashaAllahTabarakallah ? original sound – DayahBakar
Menerusi video dimuat naik di TikTok, Dayah atau nama sebenarnya Nur Hidayah Binti Abu Bakar, 33, meminta suaminya, Muhammad Hanif Hamidi untuk mengeja beberapa perkataan sehinggalah pada satu waktu, Dayah meminta suaminya menyebut dan mengeja ejaan ‘I am pregnant’.
Mendengar pengumuman itu, Hanif dilihat seakan tidak percaya bahawa mereka bakal menimang cahaya mata yang kedua.
Dayah kemudiannya menunjukkan keputusan alat ujian kehamilan kepada suaminya sebelum mereka berpelukan tanda syukur dengan berita gembira tersebut.
Menerusi hantaran itu juga, Dayah menitipkan ucapan terima kasih yang tak terhingga buat mereka yang selalu memberi sokongan dan kata-kata semangat buatnya.
August is a special month for me and Fahri .Dengan rasa rendah diri, dan dengan izin Allah , Fahri will soon jadi baby abang. In my secomd trimester now, Alhamdulillah.
Terima kasih buat semua yang selalu memandang saya dengan kasih, dan mendoakan saya di sepanjang perjalanan, walau mungkin kita tidak pernah bersua.
Saya mendoakan untuk kalian yang menantikan zuriat, bakal dikurniakan rezeki di waktu yang paling tepat oleh Allah. Insya-Allah.
Sekadar info, Dayah dan suaminya, Hanif mendirikan rumah tangga mereka pada 29 Jun 2018 yang lalu.
Hasil daripada perkahwinan itu, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang bernama Achbar Muhammad yang kini sudah pun berusia tiga tahun.
Sumber: TikTok